Takdir tidak pernah berkata, “Sebentar lagi aku akan datang. Sudikah kau terima aku?”.
Takdir tidak pernah bertanya, “Kau ok?”.
Takdir tidak pernah memujuk, “Sabarlah. Aku cuma singgah sebentar.”
Takdir tidak pernah menghukum, “Padan dengan muka kau. Dosa banyak.”
Dan takdir tidak pernah menilai, “Teruklah kau ni. Benda sikit pun kau tak boleh nak hadap.”
Takdir tetap berlaku tanpa kau tahu. Takdir tetap terjadi tanpa kau sedari. Takdir tidak berselisih untuk kau pilih. Takdir bukan kebetulan untuk kau biarkan.
Takdir adalah rancangan dan ketentuan Tuhan, yang mahu melihat apa pilihan yang kau buat. Ia bukan tentang ‘apa takdir kau hari ini’ tetapi tentang sikap kau terhadap takdir itu. Kau bersyukur, Allah tambah nikmat imanmu. Kau kufur, Allah cabut ketenangan jiwamu.
Beriman dengan qada’ dan qadar perlukan hati yang lurus.
Kerana itu Allah menyusun siri takdir yang berbeza, hanya untuk kau perolehi hati yang tulus.

Tinggalkan Balasan