Kategori: Siri Seni Kembara
-
SELAMAT TINGGAL WAHAI RASULULLAH SAW
Selamat tinggal wahai Rasulullah saw. Musafir kami sudah sampai di titik pulangnya. Kami bakal tinggalkan tanah barakah yang mendapat doamu ini. Kami akan kembali kepada rutin kehidupan biasa kami. Terima kasih ya Rasulullah kerana tidak pernah mengalah demi umatmu. Yang tidak pernah lelah berjuang untuk memastikan agama Allah ini berkembang. Jika bukan keranamu Ya Nabi…
-
FITRAH
Sejauh mana kita berjalan, sehebat mana segala pujian, sekuat mana kita bertahan, semua itu ada satu tujuan. Kembali kepada fitrah. Kembali kepada diri sendiri. Kembali kepada Tuhan. Kita adalah hamba yang merdeka, bukan milik sesiapa kecuali DIA. Tanpa ada manusia lain di dalam hati. Tanpa ada pergantungan pada diri sendiri. Cukuplah hanya Allah sebagai wakil…
-

SYAWAL DI KOTA NABI
SYAWAL DI KOTA NABI Syawal yang sederhana namun sungguh bermakna. Hanya berdua namun terisi rasa bahagia. Jauh daripada keluarga namun indahnya, dekat dengan Baginda. Syawal pertama tanpa anakanda Muhammad Izz Qayyim namun kami sangat reda. Ramadan menyaksikan kesakitan kami. Kami datang ke kota suci ini membawa hati yang pasrah. Bagaimana kami berjuang menguatkan diri dengan…
-
DAR AL HIJRAH
Aku ke sini bukan untuk lari. Aku datang untuk kembali. Kembali kepada diri yang lebih tenang dan lebih memahami makna hidup. Jauh daripada prasangka rasa. Jauh daripada nilaian mata. Jauh daripada bicara kata. Aku kembara sambil membawa hati yang retak seribu. Aku sudah tidak mampu mencantumkannya sendiri. Semakin aku cuba, semakin renggang pecahannya. Aku kembali…
-
KU BAWA ISI HATIKU KE LANGIT
“Saat engkau membawa hatimu ke langit, berharap hanya pada Allah, tunggulah keajaiban yang akan turun” Andai bukan kerana doa, aku rasa aku sudah hancur pada saat Qayyim pergi mendahuluiku. Daripada seluruh ujian hidup yang pernah aku tempuh, kehilangan Qayyim buatkan aku benar-benar rapuh. Aku cuba capai tempat berpaut. Aku cuba cari tempat bertaut. Sungguh aku…
-
KOTA YANG TAK PERNAH LENA
Di bawah langit Mekah yang nyaman, di atas bumi aman yang paling dicintai Allah, urusan umrah kami selesai dengan baik, semalam. Selautan manusia, saujana mata memandang. Berpusu-pusu tawaf mengelilingi Kaabah seakan tiada penghujungnya. Bertali-arus saei antara Safa dan Marwah seakan aliran yang tidak pernah surut. Di sebalik padatnya umat, ia satu pengalaman rohani yang mendalam,…
-
19 RAMADAN: DUA SISI KEHIDUPAN YANG BERBEZA
Aku semakin menghargai setiap detik, setiap saat malah setiap rinci takdir aku. Mungkin dulu aku lebih menikmatinya sebagai deretan monumen peristiwa kehidupan. Yang membentuk siapa aku. Bezanya kini, aku lebih menikmatinya sebagai tanda rahmat dan kasih-sayang Tuhan. Yang menguatkan rasa syukur dan mengikat rasa terima kasihku pada-Nya. Takdir menyampaikan aku ke sini. Hadiah daripada Tuhan…
-
DUYUFURRAHMAN RAMADAN
Hati ummi hampir pecah saat tangga bergerak ini membawa ummi turun. Sakit dada ummi kerana menahan rasa. Seakan mahu menutup mata kerana kelibat yang ummi rindukan itu ada di mana-mana. Suasananya sama. Masih lapangan terbang yang sama. Ruangan legar yang sama. Gerbang berlepas yang sama. Malah wajah-wajah yang mengiringi ummi malam itu, adalah wajah yang…
-

AKHIRNYA BERDUA
AKHIRNYA BERDUA “Andai hidupmu tidak berjalan seperti yang kau impi, teruslah percaya bahawa hidupmu sedang berjalan mengikut apa yang Allah kehendaki.” Pemergian Qayyim benar-benar buat kami nanar. Bohonglah andai kata kami baik-baik sahaja sepanjang masa. Namun kami sedaya-upaya menjaga hati agar tidak tersasar. Kami yakin setiap takdir-Nya jauh lebih baik daripada apa yang mampu kami…
-
WANITA KUAT ADALAH WANITA YANG DITEMPA DARIPADA UJIAN HIDUP.
Wanita kuat bukan lahirnya terus menjadi dewasa dan matang. Dia ditempa daripada pelbagai ujian hidup yang mencorakkan daya fikir dan tindakannya. Ada air mata yang tumpah dalam diam. Ada luka hati yang disorok dalam senyap. Di sebalik wajah tenangnya, mungkin pernah ada ribut yang menggoncang dada. Di sebalik senyum manisnya, mungkin pernah wujud rasa kecewa…
