Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Dari Tanah Bertuah 🇲🇾 ke Negeri Naga Biru 🇻🇳

Dari Darul Ehsan ke Harimau Selatan.

Minggu ini, team Furvit berpecah kepada dua untuk memenuhi misi “membawa Furvit dan jenama Nutri Lick lebih dekat dengan komuniti pencinta kucing”.

Mommy, Dedi bersama salah seorang staff ‘event management’ Furvit telah berlepas ke Vietnam untuk memberi sokongan kepada distributor rasmi Nutri Lick Vietnam di Petfair Vietnam 2026.

Pet fair ini berlangsung dari 10 – 12 Jun 2026 di Saigon Exhibition and Convention Center (SECC).

Alhamdulillah, ini merupakan tahun kedua Nutri Lick menyertai Petfair Vietnam. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada exhibitor di pameran antarabangsa ini.

Manakala, satu lagi team Furvit berada di Johor Bahru untuk memeriahkan OH MY PET EXPO 2026 yang berlangsung dari 12 – 14 Jun 2026 di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Walaupun berpecah kepada dua pasukan, kami tetap fokus kepada matlamat untuk menyampaikan maklumat dan berkongsi manfaat Nutri Lick sebagai suplemen pilihan demi kebaikan kesihatan menyeluruh anak bulus.

Sebagai usahawan bumiputera, Furvit berbangga dengan pencapaian produk ini yang mula diterima di luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Vietnam.

Kerana itu kami sangat komited memberikan yang terbaik buat kucing-kucing kesayangan anda.

Doakan segala urusan dan perjalanan kedua-dua pasukan dipermudah serta diberkati Allah. 🤍

#mommycathomey #petfairvietnam2026 #nutrilick #catsupplement #catmomdailylife


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading