Tag: mommycathomey
-

KONSISTEN VIRAL vs KONSISTEN MUNCUL
MasyaAllah. Tabarakallah. Semalam, page facebook Mommy Cat Homey menerima follower yang ke 1,800. Satu pencapaian yang Mommy tak jangka sama sekali. Macam mana boleh pergi sejauh ni? Bila Mommy mula fokus membuat konten gelagat spontan anak bebulus Mommy yang seramai 9 ekor tu. Video pendek-pendek. Ada gelagat yang comel kiut. Ada yang random. Ada yang…
-
RINDU YANG TAK TERUCAP
Pernahkah tertanya, bagaimana seorang ayah merindui anaknya yang telah tiada? Ayah yang biasanya tergambar sebagai figura yang tenang, yang tidak lemah, tidak mengalah. Apa yang berubah? Apa yang buatkan hatinya paling lelah? Apa yang dia fikir saat asanya hampir patah? Ummi dan Ayah Qayyim merindui orang yang sama tetapi cara kami memproses emosi kami adalah…
-
HIJRAH DARI AIR MATA
Dalam kitab hidup ini, susunan langkah meneruskan perjalanan hidup tanpa Izz Qayyim, nyata sarat air mata. Hijrah daripada ada kepada tiada, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Daripada bertiga kepada hidup berdua, sangat jauh beza rasanya. Air mata rindu pada kenangan bersamanya. Air mata cinta pada seluruh dirinya. Air mata pasrah pada harapan terhadapnya.…
-
DARI SELEMBAR KERTAS KE ATAS PENTAS
Evolusi satu ilham. Ada perkara yang besar bermula daripada sesuatu yang amat kecil dan sederhana. Satu lakaran ilham di atas kertas. Satu idea yang diberi ruang untuk berkembang. Satu visi yang diperhalusi, bersama misi yang membentuk arah perjalanannya. Semua itu diterjemah ke dalam slaid pembentangan sebelum menemui audiensnya di pentas ‘Expert Talks’ Petfair Vietnam 2026.…
-
DAY 2 : PETFAIR VIETNAM 2026
Hari kedua pameran di booth Furvit berjalan dengan lancar. Perhatian dan sambutan daripada pengunjung terutamanya pemilik kucing, sangat memberangsangkan. MasyaAllah. Tabarakallah. “𝑰 𝒘𝒂𝒔 𝒅𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆 𝒒𝒖𝒊𝒄𝒌 𝒄𝒉𝒆𝒄𝒌𝒔 𝒂𝒏𝒅 𝒊𝒕 𝒍𝒐𝒐𝒌𝒆𝒅 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒘𝒆 𝒘𝒆𝒓𝒆 𝒂𝒍𝒓𝒆𝒂𝒅𝒚 𝒃𝒓𝒐𝒌𝒆𝒏 𝒍𝒂𝒔𝒕 𝒚𝒆𝒂𝒓’𝒔 𝒏𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓𝒔.” Sebaris mesej yang kami terima ini sangat menggembirakan hati kami. Satu berita yang buatkan kami rasa puas…
-
DAY 1 : PETFAIR VIETNAM 2026
MasyaAllah. Tabarakallah. Semoga Allah memberkati langkah kami di sini. Tidak mudah untuk meletakkan produk sendiri setanding dengan produk terkenal yang lain. Ia satu cabaran tetapi kami bersyukur dipertemukan dengan distributor yang bekerja keras dan gigih memperkenalkan jenama Nutri Lick di Vietnam. Wahai Allah Ya Fattah, semoga dibukakan pintu-pintu rezeki yang baik lagi berkat serta sumber…
-
PETFAIR VIETNAM 2026
Dari Tanah Bertuah 🇲🇾 ke Negeri Naga Biru 🇻🇳 Dari Darul Ehsan ke Harimau Selatan. Minggu ini, team Furvit berpecah kepada dua untuk memenuhi misi “membawa Furvit dan jenama Nutri Lick lebih dekat dengan komuniti pencinta kucing”. Mommy, Dedi bersama salah seorang staff ‘event management’ Furvit telah berlepas ke Vietnam untuk memberi sokongan kepada distributor…
-

26
4 Jun ❤️ Sejak dari subuh tadi, hati ummi terasa kosong sangat tetapi fikiran ini seakan ditarik jauh, mengembara kembali ke masa silam. Tahun ini, sudah tahun kedua tarikh 4 Jun berulang tanpa ada orangnya. Tarikh lahir Muhammad Izz Qayyim dan hari ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke-26. Meskipun sudah semakin jauh kami terpisah jasad,…
-

SELAMAT HARI IBU
Kisah seorang ibu tidak akan sama. Bermula dari tajuk cerita, susunan bab, plot dan kemuncak hidup, perjalanan akhir dan penutup, setiap satunya unik dan tersendiri. Ada yang berjuang sendirian. Ada yang cuba kuat dalam diam. Ada yang menutup rasa. Ada yang sedang menjahit luka. Ada yang membina empayar. Ada yang masih mengatur cita-cita. Ada yang…
-

HATI
Hati ini selalu tidak bersedia sehinggalah saat melakukannya. Selagi boleh dicari alasannya, selagi itulah hati menolak. Seakan semua perlu ikut kehendak hati sendiri tanpa sedar bahawa setiap urusan hidup adalah di bawah kehendak-Nya. Sama ada dipaksa atau terpaksa, bulat hati atau berbelah-bagi, hidup perlu diteruskan. Jujur ummi akui. Pemergian Qayyim merentap kekuatan hati ummi. Dunia…
