Evolusi satu ilham.
Ada perkara yang besar bermula daripada sesuatu yang amat kecil dan sederhana.
Satu lakaran ilham di atas kertas. Satu idea yang diberi ruang untuk berkembang. Satu visi yang diperhalusi, bersama misi yang membentuk arah perjalanannya.
Semua itu diterjemah ke dalam slaid pembentangan sebelum menemui audiensnya di pentas ‘Expert Talks’ Petfair Vietnam 2026.
“𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊 𝑳𝒊𝒄𝒌 – 𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊𝒔𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒖𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒑𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒖𝒄𝒊𝒏𝒈”
Dedi berkongsi perjalanan di sebalik jenama Nutri Lick serta bagaimana ia dibangunkan, inspirasi daripada kasih sayang dan pengalaman sebenar cat parents.
Nutri Lick diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi bernutrisi, menggabungkan nilai pemakanan premium dengan citarasa yang memenuhi keperluan haiwan peliharaan.
Ia lahir daripada satu visi untuk menyokong kesihatan menyeluruh anak bulus kerana mereka berhak menikmati kehidupan yang sihat dan berkualiti.
Perkongsian ini bukan sekadar tentang produk tetapi tentang kefahaman terhadap kepentingan nutrisi tambahan buat si bulus.
Alhamdulillah.
Sesi selama sejam itu berjalan lancar.
Persediaan sebelum berada di atas pentas telah disampaikan dengan sebaik mungkin.
Semoga ia membuka ruang kepada pertukaran idea, membina hubungan dan menginspirasikan langkah seterusnya.
Kami amat berbangga kerana Nutri Lick semakin mendapat kepercayaan daripada komuniti pencinta kucing.
Daripada selembar kertas ke atas pentas antarabangsa, perjalanan ini mengingatkan kami bahawa satu ilham yang diberi ruang untuk berkembang seiring usaha yang konsisten, mampu melahirkan satu produk yang berkualiti.
Doakan kami agar terus maju dan istiqamah dalam memberi manfaat kepada semua pencinta kucing serta menyokong kesihatan anak-anak bulus yang kami sayangi.
#mommycathomey #petfairvietnam2026 #nutrilick #catsupplement #catmomdailylife

Leave a Reply