Wanita kuat bukan lahirnya terus menjadi dewasa dan matang. Dia ditempa daripada pelbagai ujian hidup yang mencorakkan daya fikir dan tindakannya.
Ada air mata yang tumpah dalam diam. Ada luka hati yang disorok dalam senyap. Di sebalik wajah tenangnya, mungkin pernah ada ribut yang menggoncang dada. Di sebalik senyum manisnya, mungkin pernah wujud rasa kecewa yang menjatuhkannya.
Wanita kuat bukan yang tidak pernah jatuh tetapi yang tetap bangkit bersama jati diri meskipun berulang kali diuji.
Begitulah juga dengan perjalanan hidup Mommy.
Sebelum Mommy diuji dengan pemergian Izz Qayyim, Mommy sudah lalui banyak episod kehilangan. Dalam tempoh 10 tahun Mommy berusaha bangkit dan kuat kembali, rupa-rupanya itulah persediaan Allah buat Mommy sebelum DIA memanggil pulang anak tunggal Mommy.
Mommy kongsikan pengalaman dan pengajaran ujian hidup Mommy dalam bentuk penulisan. Semoga ia memberi manfaat dan jariah yang berpanjangan.
Sila scan qr dia link bio untuk dibawa terus ke website MCH.

Tinggalkan Balasan