Kategori: Duyufurrahman Ramadan
-
WANITA KUAT ADALAH WANITA YANG DITEMPA DARIPADA UJIAN HIDUP.
Wanita kuat bukan lahirnya terus menjadi dewasa dan matang. Dia ditempa daripada pelbagai ujian hidup yang mencorakkan daya fikir dan tindakannya. Ada air mata yang tumpah dalam diam. Ada luka hati yang disorok dalam senyap. Di sebalik wajah tenangnya, mungkin pernah ada ribut yang menggoncang dada. Di sebalik senyum manisnya, mungkin pernah wujud rasa kecewa…

