𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳
𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟮
Hidup bersama 𝑔𝑟𝑖𝑒𝑓 ini, sejujurnya tidak mudah.
Kerana,
Ia seperti satu fasa hidup yang sangat berbeza daripada hidup biasa.
Ia adalah satu perjalanan emosi yang rumit dan unik, yang melalui garis masa yang panjang untuk sembuh. Yang kami sendiri pun tidak tahu sejauh mana perjalanan ini akan membawa kami dan di manakah titik akhirnya untuk kami berhenti.
Apatah lagi ia tentang anak tunggal kami yang telah mendahului kami pulang ke sisi Ilahi. Ia jadi satu pengalaman emosi yang mendalam dan sangat kompleks.
Ramadan pertama di rumah lama tanpa Qayyim adalah satu tamparan yang perit dan pedih. Ketika itu imbasan kenangan datang bertalu-talu dalam keadaan kami sedang berjuang menyesuaikan diri hidup tanpanya.
Rindu yang masih mentah. Hati yang mudah pecah. Jiwa yang patah. Demi menyelamatkan iman yang sangat goyah, kami ke tanah suci ketika Ramadan.
Kami menangis.
Kami mengadu.
Kami merayu, memohon agar kami kuat semula untuk meneruskan hidup ini.
Ramadan kedua pula lain kisahnya.
Meskipun hati sudah lapang, jiwa semakin tenang, ia tetap menggamit rindu yang tidak berkesudahan. Bersahur dan berbuka puasa di rumah baru tanpa Qayyim satu perjuangan emosi yang lagi sakit.
Raudhatul Qayyimi benar-benar sunyi tanpa Qayyim.
Namun, kami belajar untuk sembuh di sebalik kesunyian itu. Hanya ada rindu yang hangat kerana rasa itu tidak benar-benar pergi. Ia akan sentiasa ada menghidupkan jiwa kami yang sudah berserah sepenuhnya kepada Allah.
#mommycathomey #strongerwithfaith #livingwithgrief #Ramadanedition #lifeafterloss


Leave a Reply