๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ฟ๐ถ๐ฒ๐ณ
๐ธ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ
Alhamdulillah. Segala puji-pujian bagi-Nya yang mengatur perjalanan hidup ini dengan penuh hikmah. Setiap satunya datang daripada rahmat dan kasih-sayang Ilahi yang tak terbatas.
Ramadan kedua tanpa Muhammad Izz Qayyim.
DIA tahu apa yang kami rasa, kami lalui dan kami tanggung. Namun DIA mengizinkan kami memasuki Ramadan ini bersama jiwa yang masih belum sembuh tetapi sudah semakin damai rasa dengan takdir kehilangan ini.
DIA Maha Mengetahui kekuatan hati kami, kemampuan diri kami menempuhi hari-hari tua ini, hanya berdua. Sepasang suami isteri yang pernah berjanji bahawa rumahtangga dan segala isi di dalamnya harus dijaga dan menjadi wasilah ke syurga-Nya.
Ramadan ini bukan lagi kisah tentang menyembunyikan diri tetapi tentang menerima dan berlapang dada.
Terima takdir seikhlas hati.
Terima rasa rindu ini dengan rela.
Terima bahawa cinta dan kasih terhadap Izz Qayyim akan terus kekal dalam doa dan harapan, bukan sekadar air mata yang mengalir kosong.
Damai tidak datang daripada luka yang telah hilang tetapi daripada hati yang sungguh-sungguh menerima dan sabar terhadap ketentuan-Nya.
Ramadan kali ini lebih mematangkan jiwa kami bahawa kehilangan itu tidak pernah memutuskan cinta. Ia hanya mengubah cara kami mencintai Qayyim – melalui doa yang tak pernah terhenti.
#mommycathomey #livingwithgrief #Ramadanedition #lifeafterloss #strongerwithfaith


Leave a Reply