Tag: strongerwithfaith

  • HIJRAH DARI AIR MATA

    Dalam kitab hidup ini, susunan langkah meneruskan perjalanan hidup tanpa Izz Qayyim, nyata sarat air mata. Hijrah daripada ada kepada tiada, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Daripada bertiga kepada hidup berdua, sangat jauh beza rasanya. Air mata rindu pada kenangan bersamanya. Air mata cinta pada seluruh dirinya. Air mata pasrah pada harapan terhadapnya.…

  • 26

    26

    4 Jun ❤️ Sejak dari subuh tadi, hati ummi terasa kosong sangat tetapi fikiran ini seakan ditarik jauh, mengembara kembali ke masa silam. Tahun ini, sudah tahun kedua tarikh 4 Jun berulang tanpa ada orangnya. Tarikh lahir Muhammad Izz Qayyim dan hari ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke-26. Meskipun sudah semakin jauh kami terpisah jasad,…

  • Selamat Hari Ibu

    Selamat Hari Ibu

    Kisah seorang ibu tidak akan sama. Bermula dari tajuk cerita, susunan bab, plot dan kemuncak hidup, perjalanan akhir dan penutup, setiap satunya unik dan tersendiri. Ada yang berjuang sendirian. Ada yang cuba kuat dalam diam. Ada yang menutup rasa. Ada yang sedang menjahit luka. Ada yang membina empayar. Ada yang masih mengatur cita-cita. Ada yang…

  • Hati

    Hati

    Hati ini selalu tidak bersedia sehinggalah saat melakukannya. Selagi boleh dicari alasannya, selagi itulah hati menolak. Seakan semua perlu ikut kehendak hati sendiri tanpa sedar bahawa setiap urusan hidup adalah di bawah kehendak-Nya. Sama ada dipaksa atau terpaksa, bulat hati atau berbelah-bagi, hidup perlu diteruskan. Jujur ummi akui. Pemergian Qayyim merentap kekuatan hati ummi. Dunia…

  • Selamat Datang Mei

    Selamat Datang Mei

    ماشاءالله تبارك الله Semua yang berlaku ini atas kehendak-Nya. Semoga Dia memberkati kurniaan-Nya buat kita semua, yang sangat berharap pada rahmat serta kasih-sayang-Nya. Nikmat yang membuatkan kita bahagia adalah salah satu anugerah yang harus disyukuri. Semoga ia dikekalkan sebagai kebaikan berpanjangan agar kita terus kuat hati untuk menjalani hidup lebih baik. Ujian yang membuatkan kita…

  • Rindu Sebatas Al-Fatihah

    Ruang tenang kami, bilik Izz Qayyim. Dia sempat melakar idea hiasan biliknya ketika kami ‘membangunkan’ rumah ini. Impiannya kami realisasikan tanpa satu pun yang terlepas pandang. Sama seperti apa yang dia mahu. Cuma, Dia yang tak sempat melihat hasil lakarannya. Rezeki yang tertulis adalah untuk siap, bukan untuk dia diam di kamar ini. Sepanjang proses…

  • Pulang Bersambut Rindu

    Pulang Bersambut Rindu

    Khamis. 2.4.2026 bersamaan 13 Syawal, Mommy Dedi selamat tiba di tanah air selepas satu penerbangan yang mengambil masa 8 jam 38 minit. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah jam 1.53 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.31 pm, awal 24 minit daripada yang dijadualkan.…

  • Mentari 1 Syawal

    Mentari 1 Syawal

    Lama ummi simpan gambar ni. Sekeping gambar merakam cahaya mentari pada awal pagi 1 Syawal, yang terpancar keemasan menembusi panel kaca ruang tangga ke tingkat atas Raudhatul Qayyimi. Tenang dan sangat damai. Unik dan sangat cantik. Dalam beberapa hari saja lagi Syawal bakal berlalu pergi. Sama seperti Ramadan, perjalanan menempuhi bulan kemenangan ini adalah atas…

  • Living with Grief – Hari 21

    Living with Grief – Hari 21

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟭 Selalunya, kita ini payah untuk akur dengan apa yang telah disusun oleh-Nya. Bila bertentangan dengan apa yang kita mahu, kita membentak. Kita fikir Tuhan tidak tahu apa yang kita perlu. Bila diberikan sesuatu yang kita tak suka, kita membantah. Kita sangka Tuhan tidak faham apa yang kita…

  • Living with Grief – Hari 20

    Living with Grief – Hari 20

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔, 𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔 Ada sebahagian permintaannya, menjadi kepingan-kepingan cerita yang mencantumkan kisah masa depan kami. Satu persatu apa yang pernah dia sebut, yang dia minta, menjadi realiti setelah dia pergi. Ia kebahagiaan yang menggantikan rasa duka. Sesuatu yang dia tinggalkan untuk kami ingat…