๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ฟ๐ถ๐ฒ๐ณ
๐ธ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฐ
Akan ada satu ketika, jiwa jadi terlalu hanyut dalam rasa duka. Hati akan dibawa jauh ke dalam setiap kenangan bersama.
Fikiran akan mula mempersoalkan takdir. Akal mula mencari sebab dan alasan untuk menyalahkan keadaan, asal saja boleh memuaskan nafsu marah dan sedih yang tak terkawal.
Hati cuba menidakkan bahawa sedih itu benar, duka itu benar. Takdir itu benar dan kehilangan itu juga benar.
Hakikat paling sukar yang kami pelajari sebagai ibu bapa yang berduka kerana kehilangan anak tunggal ialah – selepas beberapa lama berjuang dengan emosi, ๐๐๐๐๐ bukanlah sesuatu yang perlu dilawan atau ditawan.
Ia bukan sesuatu yang memalukan walaupun ia hadir tanpa dipelawa. Ia tiada tarikh tamat. Tidak perlu diselesaikan dalam masa singkat.
๐บr๐e๐ ada kerana wujudnya cinta.
Cinta yang sentiasa hangat buatnya yang sentiasa di hati. Cinta yang tak mengharapkan belas atau balas. Cinta yang tak pernah mati walau jasadnya pergi.
Ramadan ini menjadi ruang tenang untuk belajar menikmati hidup bersama rasa duka itu.
Kerana,
Rasa cinta dan percaya pada DIA yang menyusun setiap perkara.
#mommycathomey #strongerwithfaithย #livingwithgrief #Ramadanedition #lifeafterloss


Leave a Reply