Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 5

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฑ

Jika dalam takdir menentukan kau akan melalui Ramadan ini dengan hati yang sarat duka dan penuh luka, percayalah bahawa Ramadan juga yang akan menjadi madrasahmu untuk sembuh dan kuat semula.

Ingatlah.

Perang pertama dalam sejarah Islam berlaku pada 17 Ramadan, tahun kedua Hijrah. 

Meskipun kemenangan mutlak untuk Islam, Rasulullah saw turut kehilangan 14 orang sahabat yang syahid. Pasti ia satu kehilangan yang mendukacitakan baginda.

Para sahabat ini berjuang sepenuh jiwa di sebalik keterbatasan yang ada. Mereka berdiri dengan iman meski tanpa kekuatan yang setara.

Ada yang pergi. 

Ada yang tinggal.

Yang pergi kerana sudah tiada rezekinya di dunia ini. Tugasnya sudah selesai.

Yang tinggal harus belajar teruskan hidup dengan rasa kehilangan itu. Masih ada tugasmu yang belum langsai.

DIA merezekikanmu Ramadan ini kerana mahukan kebaikan buatmu. DIA mengatur mengikut apa yang kau mampu.

Andai Ramadanmu perlu menang dengan air mata, maka bersabarlah kerana mungkin dalam titisan itu ada nilai termahal di sisi-Nya.

Menang tidak perlu dengan sorak.

Ada masa menang itu dalam diam – dan air mata.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading