๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ฟ๐ถ๐ฒ๐ณ
๐ธ๐๐๐ ๐ ๐
๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐โ, 1447 ๐ป๐๐๐๐โ
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ญ
Selalunya, kita ini payah untuk akur dengan apa yang telah disusun oleh-Nya.
Bila bertentangan dengan apa yang kita mahu, kita membentak. Kita fikir Tuhan tidak tahu apa yang kita perlu.
Bila diberikan sesuatu yang kita tak suka, kita membantah. Kita sangka Tuhan tidak faham apa yang kita rasa.
Bila dapat apa yang tidak ada dalam doa, kita mempertikai. Kita anggap Tuhan tidak mendengar apa yang kita pinta.
Hidup ini,
Bukan untuk kita lalui sebagai tuan tetapi hamba.
Yang akur. Yang patuh. Yang menurut.
Sejauh mana Tuhan membawa kita melalui satu perjalanan hidup yang kita tidak mahu, itulah sebaik-baik kehidupan yang membawa kebaikan untukmu.
Kita belajar sabar. Kita pujuk hati untuk redha. Kita diam tanpa mempersoalkan takdir-Nya.
Walau apa pun keadaan hidup kita ketika ini, bertahanlah.
Kalau kau jatuh hingga kau rasa tidak mampu bangkit kembali, itulah saatnya kau tidak lagi bergantung pada diri sendiri.
Kalau kau kecewa hingga kau rasa hati kau dalam terluka, itulah detiknya kau kosongkan hati.
Kalau kau berduka hingga kau rasa jiwa kau mati, itulah ketikanya kau belajar urus emosi.
Bukan semua hidup yang tidak kau jangka itu sesuatu yang menghancurkan.
Ada kalanya ia adalah jalan menuju syurga.
#mommycathomey
#strongerwithfaith
#livingwithgrief
#Ramadanedition
#lifeafterloss


Leave a Reply