Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 20

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ
๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›
๐‘€๐‘’๐‘˜๐‘Žโ„Ž, 1447 ๐ป๐‘–๐‘—๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ

๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”, ๐——๐—จ๐—” ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”

Ada sebahagian permintaannya, menjadi kepingan-kepingan cerita yang mencantumkan kisah masa depan kami.

Satu persatu apa yang pernah dia sebut, yang dia minta, menjadi realiti setelah dia pergi.

Ia kebahagiaan yang menggantikan rasa duka. Sesuatu yang dia tinggalkan untuk kami ingat tentang dia. Yang bila kami pandang, akan ada doa buatnya.

Ia menyampaikan satu rasa, โ€œUmmi ayah jangan lupakan Qayyim tau.โ€

Kami manusia biasa.

Tidak lari dari lupa dan leka. Bukan selalu fikiran itu tertumpu pada dia kerana hidup kami tetap berjalan seperti biasa.

Dan permintaan yang dimakbulkan ini bagaikan kami โ€˜berbualโ€™ dengannya melalui kenangan.

Sebelum ke Perth pada Julai 2024 tu, Qayyim ada suarakan keinginan hatinya. Kalau boleh, dia nak seekor Maine Coon.

Ada beberapa kali dia menyebut tapi ummi bagi alasan yang rumah lama kami dah tak ada ruang untuk tambah anak bulus.

โ€œKita tunggu rumah baru siap.โ€

Qayyim faham situasi itu. Tidak mendesak. Tidak mengasak. Dia tahu apa yang dia inginkan, akan tiba pada masa yang tepat.

Sehinggalah Raudhatul Qayyimi siap dan kami berpindah ke sini pada penghujung 2025, jipermintaan Qayyim disempurnakan dengan izin-Nya jua.

Bukan satu tetapi dua.

Sierra Quinn.
Silas Que.

Dua beradik Maine coon, si kakak dan adik lelaki.

Ummi sengaja tambah nama belakang bermula huruf Q sebagai tanda syukur, rindu dan ingatan ummi pada Qayyim.

SQSQ ini datang seminggu sebelum ummi ayah berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah. Belum puas bermanja, kami terpaksa berpisah.

Rindu ummi semakin meluas sejak bertambahnya adik bulus Qayyim atau BigBro, panggilan mesranya pada adik-adik kaki empat ni.

Chummy. Aiko. Angah. Akio. Akihiro. Kuntum. Teja. Sierra Quinn. Silas Que.

Dan hadirnya dua anugerah daripada satu permintaan Qayyim ini menjadi pengubat rindu kami padanya.

**Foto kenangan di atas adalah ketika Qayyim mendukung Evian, Maine coon kepunyaan Papa Jo.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading