AKHIRNYA BERDUA
“Andai hidupmu tidak berjalan seperti yang kau impi, teruslah percaya bahawa hidupmu sedang berjalan mengikut apa yang Allah kehendaki.”
Pemergian Qayyim benar-benar buat kami nanar. Bohonglah andai kata kami baik-baik sahaja sepanjang masa. Namun kami sedaya-upaya menjaga hati agar tidak tersasar. Kami yakin setiap takdir-Nya jauh lebih baik daripada apa yang mampu kami jangka.
Kami susun satu persatu impian kami terhadap Qayyim sejak dari dia kecil. Kami usaha mengisi tugas dan tanggungjawab kami sebagai orang tua Qayyim.
Cuma, mungkin jalan yang biasa kami lalui bukan lagi jalan yang terbaik buat kami. Mungkin berselirat ranjau duri yang tersembunyi. Mungkin bersusun siri-siri ujian yang tidak mampu kami hadapi.
Lalu Allah alihkan langkah kami ke jalan berbeza. Jalan yang penuh duka dan air mata. Jalan sunyi dan terasing. Jalan yang tidak disukai nafsu tetapi inilah jalan yang hati kami rindu.
Bertiga bersama Qayyim adalah nikmat dan kebahagiaan. Dia melengkapkan diri kami. Meletakkan kami pada kedudukan yang mulia.
Meski kini hanya berdua, andai itu takdir yang memberi ketenangan dan kenyamanan jiwa, kami akur dengan pilihan ini.
#islahumrah
#umrahRamadhan


Leave a Reply