Keinginan itu kuat namun kemampuan itu terhad.
Yang ada pada kami adalah doa sebagai pembuka cita dan ikhtiar sebagai bukti usaha. Malah kami percaya, hasrat hati yang wujud sebagai doa adalah sebahagian daripada takdir yang telah tersedia.
Andai ia jadi nyata, kami terima kerana itu apa yang kami minta. Ia menjadi nikmat yang mengingatkan kami pada kebesaran-Nya.
Izz Qayyim, nama yang kami pilih.
Muhammad, nama daripada satu janji andai ditakdirkan anak sulung kami adalah lelaki.
Kami mahu muliakan dia dengan nama yang baik seperti yang Rasulullah saw sarankan. Kami mahu mengikut perbuatan Rasulullah saw yang menamakan putera Baginda dengan nama Ibrahim.
تَسَمُّوا بِأَسْمَاءِ الأَنْبِيَاء
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Kamu mahu dia bangga dengan kami sebagai ibu ayahnya ketika namanya dipanggil dengan nama terbaik di hadapan Allah.
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ
(رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Muhammad Izz Qayyim bin Ismail.
Saat kami seru namamu di dalam doa di Raudah, hati kami terasa puas kerana kami sudah tunaikan janji. Saat kami seru nama Rasulullah saw di dalam selawat, hati kami sungguh-sungguh berharap, Allah terima segala usaha kami mendidik Izz Qayyim sebaiknya. Semoga Allah maafkan setiap kekhilafan kami dan menjaga anak ini sehingga hari perhitungan di akhirat nanti.
Sungguh nama Muhammad itu ada keberkatannya dalam hidup kami.
Bahawa saat kami reda dengan pulangnya dia kepada-Mu, saat itulah turunnya banyak kebaikan buat kami sehingga kami rasa mampu teruskan hidup ini bersama doa dan kenangan yang ada nama dia
#islahumrah
#fitrahkhalifah
#titikasal
#muhammadizzqayyimbinismail

Leave a Reply