Tag: muhammadizzqayyimbinismail
-

26
4 Jun ❤️ Sejak dari subuh tadi, hati ummi terasa kosong sangat tetapi fikiran ini seakan ditarik jauh, mengembara kembali ke masa silam. Tahun ini, sudah tahun kedua tarikh 4 Jun berulang tanpa ada orangnya. Tarikh lahir Muhammad Izz Qayyim dan hari ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke-26. Meskipun sudah semakin jauh kami terpisah jasad,…
-

BAHAGIA DI SEBALIK AIR MATA
Ummi ambil masa untuk menulis tentang ini. Tak mampu rasanya mengatur ayat ketika hati sudah luluh dengan air mata yang merembah jatuh. Kali ini, ummi tidak lagi memujuk hati sendiri. Kalau mahu terus gugur, gugurlah. Ummi tidak akan menahan. Ia bukan air mata duka tetapi bahagia. Coretan ini agak panjang dan ummi usaha menyusunnya sebaik…
-

SEDEKAD BERLALU, 4 JUN TETAP TIBA: DULU TANPA KAMI, KINI TANPA DIA.
Masa ummi tengok semula gambar lama ni yang muncul di memori fb, rasa rindu pada anak lelaki ummi jadi semakin dalam dan berat. Jadi semakin tajam dan menusuk jauh ke hulu hati. Merindui anak tunggal yang telah pergi selamanya adalah antara ujian hidup yang paling berat buat ummi dan ayah. Sedangkan berjauhan jarak denganmu saja…
-

TARIKH YANG AKAN TERUS BERULANG
4.6.2025 Berdebar dada ummi saat lampu skrin fon menyala. Pandangan ummi terus jatuh pada gambarmu yang terpampang jelas di skrin. Tarikh itu muncul bersama wajahmu yang sungguh-sungguh ummi rindu. Wajah yang ummi tatap setiap hari tanpa jemu. Wajah yang ummi harap selalu hadir dalam mimpi. Wajah yang ada di mana-mana saja. Dua puluh lima tahun…
-
NAMA DARIPADA SEBUAH DOA YANG DIMAKBULKAN
Keinginan itu kuat namun kemampuan itu terhad. Yang ada pada kami adalah doa sebagai pembuka cita dan ikhtiar sebagai bukti usaha. Malah kami percaya, hasrat hati yang wujud sebagai doa adalah sebahagian daripada takdir yang telah tersedia. Andai ia jadi nyata, kami terima kerana itu apa yang kami minta. Ia menjadi nikmat yang mengingatkan kami…
-
BARANG-BARANG YANG PULANG TANPA TUANNYA
Mak long tumpang bahagia bila Qayyim cakap akan sambung belajar dalam bidang yang Qayyim minati. Mak long menghitung hari yang tinggal sebelum Qayyim ke Perth. Mak long pun ikut sekali hantar Qayyim ke airport. Mak long ada gambar terakhir berdua dengan Qayyim. Qayyim salam mak long. Qayyim peluk mak long. Mak long cium kedua pipi…
