Kategori: Anak Lelaki Ummi Ayah
-

26
4 Jun ❤️ Sejak dari subuh tadi, hati ummi terasa kosong sangat tetapi fikiran ini seakan ditarik jauh, mengembara kembali ke masa silam. Tahun ini, sudah tahun kedua tarikh 4 Jun berulang tanpa ada orangnya. Tarikh lahir Muhammad Izz Qayyim dan hari ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke-26. Meskipun sudah semakin jauh kami terpisah jasad,…
-
Rindu Sebatas Al-Fatihah
Ruang tenang kami, bilik Izz Qayyim. Dia sempat melakar idea hiasan biliknya ketika kami ‘membangunkan’ rumah ini. Impiannya kami realisasikan tanpa satu pun yang terlepas pandang. Sama seperti apa yang dia mahu. Cuma, Dia yang tak sempat melihat hasil lakarannya. Rezeki yang tertulis adalah untuk siap, bukan untuk dia diam di kamar ini. Sepanjang proses…
-

BAHAGIA DI SEBALIK AIR MATA
Ummi ambil masa untuk menulis tentang ini. Tak mampu rasanya mengatur ayat ketika hati sudah luluh dengan air mata yang merembah jatuh. Kali ini, ummi tidak lagi memujuk hati sendiri. Kalau mahu terus gugur, gugurlah. Ummi tidak akan menahan. Ia bukan air mata duka tetapi bahagia. Coretan ini agak panjang dan ummi usaha menyusunnya sebaik…
-

DEWASA DI JALAN FISABILILLAH
Dia pernah ragu ketika memilih. Bila nekad, dia tidak lagi menoleh. Pernah berimpian menjadi juruterbang, dia menukar haluan ke litar perlumbaan. Mungkin kerana minat pada bunyi dan kelajuan, dunia langit dan bumi tidak terasa jauh beza. Ummi Ayah mahu dia jadi insan bermanfaat dan memberi kebaikan. Lelaki yang menuju dewasa perlu berilmu dan ada pengetahuan.…
-

KENANGAN ITU BUKAN MUSUH
Cinta itu nadi. Rindu menjadi sendi. Cinta buatkan aku lupa diri. Rindu buatkan aku hampir mati. Dua emosi yang buatkan aku salah faham tentang takdir ini. Sehinggalah kenangan muncul satu demi satu bagai papan cerita yang bersusun kemas. Menarik setiap rasa ini lalu berkumpul menjadi satu. Kenangan itulah yang menghidupkan hati agar aku bangkit dan…
-

TENANG YANG KAMI CARI
Rumah ini jadi sunyi semenjak dia pergi. Sunyi dan sepi yang terlalu dalam. Hingga rasa seperti hidup dalam dunia yang lembab, muram dan diam. Sunyi itu tidak menjadikan kami tenang. Semakin ia sunyi, ia semakin meresahkan kerana ada ingatan yang tak terbatas. Ada rindu yang tak berbalas. “Apa yang engkau cari sedang mencarimu”. Dan takdir…
-

THE QUEST OF THE SILENT HEART : PENCARIAN TENTANG HATI DAN IDENTITI DIRI
Tidak semua hati memilih untuk bersuara meskipun sangat ingin meluahkannya dalam bentuk bentuk kata-kata. Ada yang memilih diam bukan kerana tiada rasa tetapi mahu menyimpannya sebaik mungkin sehingga waktu yang tepat, segalanya akan terungkap. Dia anak yang mudah mesra dan didekati. Mudah diajak bicara dan menyesuaikan diri. Nampak mudah tapi sebenarnya payah. Ada perkara tertentu…
-

NAMAMU TERUKIR DI JIWA MESKI TANPA TINTA
MIQ. Andai mampu ku ukir namamu di setiap hela nafasku, itu pilihan pertama yang aku mahu – tanpa ragu. Agar namamu sentiasa hangat dalam ingatan. Andai mampu, sejurus mata ini terbuka kepada dunia, hanya tertera susunan namamu di layar mata. Agar dapat ku tatap setiap masa. Dapat ku lihat setiap ketika. Andai mampu aku melakar,…
-

SEDEKAD BERLALU, 4 JUN TETAP TIBA: DULU TANPA KAMI, KINI TANPA DIA.
Masa ummi tengok semula gambar lama ni yang muncul di memori fb, rasa rindu pada anak lelaki ummi jadi semakin dalam dan berat. Jadi semakin tajam dan menusuk jauh ke hulu hati. Merindui anak tunggal yang telah pergi selamanya adalah antara ujian hidup yang paling berat buat ummi dan ayah. Sedangkan berjauhan jarak denganmu saja…
-

HASRAT YANG DITUNDA
Wahai anak, ummi dan ayahmu diuji lagi tetapi saat kami singgah menziarahi kuburmu pagi Jumaat ini, ia seperti satu kelegaan. Terasa tenang saat berdoa di sisimu. Terasa nyaman saat berada di tanah sunyi ini. Terasa aman saat kami letakkan seluruh sangkaan baik ini pada-Nya. Urusan badal hajimu tertunda, bukan kerana ummi ayah sengaja melewatkan tanggungjawab…
