Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

4/10 RESET MINDA:MENAHAN JARAK

Ada jurang yang tercipta bukan untuk memisahkan. Ada jarak yang terbina bukan untuk menjauhkan.

Ada keadaan yang kita nampak sayup itu adalah untuk menyelamatkan. Ada situasi yang kita rasa tak terjangkau dek akal itu adalah satu perlindungan.

Ada masa kita perlu jauh agar tidak terluka. Ada masa kita tak perlu dekat untuk saling peduli.

Menahan jarak bukan kerana hati telah dingin.

Cuma,

Dalam sesetengah keadaan, ketika perlu sembuh dan kuat kembali, ia bermula daripada terasing dan bersendirian. Ketika perlu menyusun semula langkah, ia bermula dari titik yang sunyi.

Pohon yang rimbun bermula daripada benih yang ditanam dalam diam dan tidak tumbuh sekelip mata di tengah riuh.

Perjalanan kali ini tidak perlukan hiruk-pikuk manusia dan sorakan. Agar bila kau berjaya tiada yang menuntut kemenangan.

Perjalanan kali ini tidak perlukan siaran atau hebahan. Agar bila kau gagal tiada suara yang bersulang kegembiraan.

Hantar emoji 🤍 jika ketika ini kau memilih menahan jarak.

Refleksi:

Adakah kau memilih menahan jarak kerana melindungi hati sendiri atau sengaja menjauhkan diri?

#mommycathomey

#faithfamilyfeline

#rejabresetrehab

#10resetmindaambang2026

#strongerwithfaith


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading