Tag: faithfamilyfeline

  • KONSISTEN VIRAL vs KONSISTEN MUNCUL

    KONSISTEN VIRAL vs KONSISTEN MUNCUL

    MasyaAllah. Tabarakallah. Semalam, page facebook Mommy Cat Homey menerima follower yang ke 1,800. Satu pencapaian yang Mommy tak jangka sama sekali. Macam mana boleh pergi sejauh ni? Bila Mommy mula fokus membuat konten gelagat spontan anak bebulus Mommy yang seramai 9 ekor tu. Video pendek-pendek. Ada gelagat yang comel kiut. Ada yang random. Ada yang…

  • RINDU YANG TAK TERUCAP

    Pernahkah tertanya, bagaimana seorang ayah merindui anaknya yang telah tiada? Ayah yang biasanya tergambar sebagai figura yang tenang, yang tidak lemah, tidak mengalah. Apa yang berubah? Apa yang buatkan hatinya paling lelah? Apa yang dia fikir saat asanya hampir patah? Ummi dan Ayah Qayyim merindui orang yang sama tetapi cara kami memproses emosi kami adalah…

  • HIJRAH DARI AIR MATA

    Dalam kitab hidup ini, susunan langkah meneruskan perjalanan hidup tanpa Izz Qayyim, nyata sarat air mata. Hijrah daripada ada kepada tiada, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Daripada bertiga kepada hidup berdua, sangat jauh beza rasanya. Air mata rindu pada kenangan bersamanya. Air mata cinta pada seluruh dirinya. Air mata pasrah pada harapan terhadapnya.…

  • SELAMAT DATANG MEI

    SELAMAT DATANG MEI

    ماشاءالله تبارك الله Semua yang berlaku ini atas kehendak-Nya. Semoga Dia memberkati kurniaan-Nya buat kita semua, yang sangat berharap pada rahmat serta kasih-sayang-Nya. Nikmat yang membuatkan kita bahagia adalah salah satu anugerah yang harus disyukuri. Semoga ia dikekalkan sebagai kebaikan berpanjangan agar kita terus kuat hati untuk menjalani hidup lebih baik. Ujian yang membuatkan kita…

  • BAHAGIA DI SEBALIK AIR MATA

    BAHAGIA DI SEBALIK AIR MATA

    Ummi ambil masa untuk menulis tentang ini. Tak mampu rasanya mengatur ayat ketika hati sudah luluh dengan air mata yang merembah jatuh. Kali ini, ummi tidak lagi memujuk hati sendiri. Kalau mahu terus gugur, gugurlah. Ummi tidak akan menahan. Ia bukan air mata duka tetapi bahagia. Coretan ini agak panjang dan ummi usaha menyusunnya sebaik…

  • 10/10 RESET MINDA: NIAT DAN CARA

    10/10 RESET MINDA: NIAT DAN CARA

    “Di mana kita berada dalam ruang yang kurang tindakan, nescaya akan dikelirukan oleh fikiran” – Zainal Rashid Ahmad @ ZRA. Daripada satu tindakan yang dimulakan dengan niat yang tepat dan ikhlas, fikiran umpama cahaya padanya. Satu tindakan akan membawa kepada tindakan yang lain sehingga berjaya. Tahun 2026 bukan lagi tahun menyimpan impian dalam fikiran sehingga…

  • 9/10 RESET MINDA: ASA

    9/10 RESET MINDA: ASA

    Jangan lepaskan semua tetapi kembalilah menguatkan asa. Jangan hukum diri berdasarkan kalendar tetapi berbanggalah dengan ketabahan hati sendiri. Usaha yang kau rasa seperti tidak ke mana. Impian yang seperti sudah lama tertunda. Sepertinya kau sendiri sudah habis daya. Kau rumuskan, tahun ini bukan tahun kau berjaya. Berjaya itu hasil. Semangat dan asa itu usaha. Usaha…

  • 8/10 RESET MINDA: SEDERHANA

    8/10 RESET MINDA: SEDERHANA

    Sederhana itu mudah. Pilih hidup yang kau boleh jaga, bukan yang memenatkan jiwa.  Pilih untuk fokus pada yang bermakna, bukan yang sia-sia. Pilih untuk bersyukur dengan apa yang ada, bukan kejar apa yang tiada. Sederhana itu seimbang. Tidak lebih, tidak kurang.  Tidak berlebih dengan risau, tidak melampau dalam galau. Tidak menjunjung bimbang, tidak juga membuang…

  • 7/10 RESET MINDA: SUSUN SEMULA

    7/10 RESET MINDA: SUSUN SEMULA

    Apa khabarmu hari ini? Adakah sudah selesai dengan segala urusanmu, sudah tercapai setiap impianmu? Atau, Adakah masih buru-buru mengejar apa kau mahu sedangkan tahunnya sudah hampir ke titik temu? Masa akan terus berlalu namun tidak mengapa jika hari ini kau berhenti seketika, memilih untuk menyusun semula langkahmu. Mungkin ada yang kurang, yang pincang ataupun sesuatu…

  • 6/10 RESET MINDA: MERDEKA EMOSI

    6/10 RESET MINDA: MERDEKA EMOSI

    Kadang-kadang, emosi yang sesak bukan datang daripada apa yang berlaku tetapi daripada apa yang kita fikir tentangnya. Bukan dunia yang menyempit tetapi fikiran sendiri yang mengecilkan ruang. Cara kita menyusun akal akan menentukan hasil akhir. Cara kita mengelola fikiran akan menentukan tamat salah satu episod cerita kehidupan. Satu fikiran salah yang berulang boleh menjadi kamar…