Tag: 10resetmindaambang2026

  • 10/10 RESET MINDA: NIAT DAN CARA

    10/10 RESET MINDA: NIAT DAN CARA

    “Di mana kita berada dalam ruang yang kurang tindakan, nescaya akan dikelirukan oleh fikiran” – Zainal Rashid Ahmad @ ZRA. Daripada satu tindakan yang dimulakan dengan niat yang tepat dan ikhlas, fikiran umpama cahaya padanya. Satu tindakan akan membawa kepada tindakan yang lain sehingga berjaya. Tahun 2026 bukan lagi tahun menyimpan impian dalam fikiran sehingga…

  • 9/10 RESET MINDA: ASA

    9/10 RESET MINDA: ASA

    Jangan lepaskan semua tetapi kembalilah menguatkan asa. Jangan hukum diri berdasarkan kalendar tetapi berbanggalah dengan ketabahan hati sendiri. Usaha yang kau rasa seperti tidak ke mana. Impian yang seperti sudah lama tertunda. Sepertinya kau sendiri sudah habis daya. Kau rumuskan, tahun ini bukan tahun kau berjaya. Berjaya itu hasil. Semangat dan asa itu usaha. Usaha…

  • 8/10 RESET MINDA: SEDERHANA

    8/10 RESET MINDA: SEDERHANA

    Sederhana itu mudah. Pilih hidup yang kau boleh jaga, bukan yang memenatkan jiwa.  Pilih untuk fokus pada yang bermakna, bukan yang sia-sia. Pilih untuk bersyukur dengan apa yang ada, bukan kejar apa yang tiada. Sederhana itu seimbang. Tidak lebih, tidak kurang.  Tidak berlebih dengan risau, tidak melampau dalam galau. Tidak menjunjung bimbang, tidak juga membuang…

  • 7/10 RESET MINDA: SUSUN SEMULA

    7/10 RESET MINDA: SUSUN SEMULA

    Apa khabarmu hari ini? Adakah sudah selesai dengan segala urusanmu, sudah tercapai setiap impianmu? Atau, Adakah masih buru-buru mengejar apa kau mahu sedangkan tahunnya sudah hampir ke titik temu? Masa akan terus berlalu namun tidak mengapa jika hari ini kau berhenti seketika, memilih untuk menyusun semula langkahmu. Mungkin ada yang kurang, yang pincang ataupun sesuatu…

  • 6/10 RESET MINDA: MERDEKA EMOSI

    6/10 RESET MINDA: MERDEKA EMOSI

    Kadang-kadang, emosi yang sesak bukan datang daripada apa yang berlaku tetapi daripada apa yang kita fikir tentangnya. Bukan dunia yang menyempit tetapi fikiran sendiri yang mengecilkan ruang. Cara kita menyusun akal akan menentukan hasil akhir. Cara kita mengelola fikiran akan menentukan tamat salah satu episod cerita kehidupan. Satu fikiran salah yang berulang boleh menjadi kamar…

  • 5/10 RESET MINDA: MENCARI TENANG

    5/10 RESET MINDA: MENCARI TENANG

    Senang itu anugerah dunia. Tenang itu anugerah iman. Senang itu apa yang kita ada. Tenang itu apa yang kita rasa.  Dalam senang tidak selalunya ada tenang.  Namun tenang boleh ada dalam keadaan yang tidak senang. “Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan…

  • 4/10 RESET MINDA:MENAHAN JARAK

    4/10 RESET MINDA:MENAHAN JARAK

    Ada jurang yang tercipta bukan untuk memisahkan. Ada jarak yang terbina bukan untuk menjauhkan. Ada keadaan yang kita nampak sayup itu adalah untuk menyelamatkan. Ada situasi yang kita rasa tak terjangkau dek akal itu adalah satu perlindungan. Ada masa kita perlu jauh agar tidak terluka. Ada masa kita tak perlu dekat untuk saling peduli. Menahan…

  • 3/10 RESET MINDA: BERDAMAI DENGAN SUNYI

    3/10 RESET MINDA: BERDAMAI DENGAN SUNYI

    Ada ujian-ujian hidup yang melontar kita dalam kebingungan. Meletakkan kita dalam sunyi yang infiniti. Tercampak atas dasar yang gelap seakan tiada jalan keluar. Segala yang banyak dan ramai itu semakin meminggir. Segala yang ada dan hampir itu semakin menjauh. Segala yang riuh dan sibuk itu semakin membisu. Yang dituju dan menjadi tumpu semakin menghindar. Perlahan-lahan…

  • 2/10 RESET MINDA : ‘MOVE WITH”

    2/10 RESET MINDA : ‘MOVE WITH”

    Andai masih ada perkara lama yang belum mampu dilepaskan lagi, usah paksa diri. Bukan semua ujian hidup perlu dihabisi dalam garis masa tertentu. Tidak semua urusan hidup harus disusun mengikut kalendar tahun baru. Jangan terburu-buru sehingga kita terlepas pandang mana kemudian mana dahulu. Takdir tidak memaksa kita untuk ‘move on’ tetapi belajarlah untuk ‘move with’.…

  • 1/10 RESET MINDA: LURUSKAN HATI

    1/10 RESET MINDA: LURUSKAN HATI

    Pagi tadi ada tak buat kiraan baki hari tahun ni? Panik tak bila buat kiraan dengan jari tu, sedar-sedar tinggal 10 hari saja lagi sebelum 2025 berakhir. Lagi panik bila apa yang pernah dirancang belum nampak akan berjaya. Yang diusaha belum muncul hasilnya. Yang pasti, tahun akan tetap berganti. Tak apa. Semua tu normal.  Walau…