Jangan lepaskan semua tetapi kembalilah menguatkan asa. Jangan hukum diri berdasarkan kalendar tetapi berbanggalah dengan ketabahan hati sendiri.
Usaha yang kau rasa seperti tidak ke mana. Impian yang seperti sudah lama tertunda. Sepertinya kau sendiri sudah habis daya. Kau rumuskan, tahun ini bukan tahun kau berjaya.
Berjaya itu hasil. Semangat dan asa itu usaha.
Usaha milik kita. Hasil adalah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa.
DIA pandang usaha kerana itu dalam kemampuan kita sebaliknya hasil akan DIA beri mengikut ketentuan-Nya.
Selagi kau ada semangat dan tidak putus asa terhadap rahmat-Nya, terus berjalan dan percaya pada perancangan-Nya.
Kuatkan asamu seteguh Gunung Kinabalu.
#mommycathomey
#faithfamilyfeline
#strongerwithfaith
#rejabresetrehab
#10resetmindaambang2026


Leave a Reply