๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ฟ๐ถ๐ฒ๐ณ
๐ธ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ต
Andai perlu menangis, jangan ditahan air matamu. Menangislah sepuas hati agar puas rasa sedihmu.
Andai perlu menyendiri, jangan difikir pandangan sekeliling. Bawalah dirimu ke tempat yang kau fikir kau akan tenang dan selamat.
Andai perlu kuat semula, jangan dicari manusia untuk kau bergantung rasa. Belajarlah untuk percaya pada kekuatan hati sendiri.
Berduka bukan bermaksud kau harus tewas dengan takdir. Bukan bermakna kau perlu lemah hati.
Sedangkan kehilangan itu diuji ke atas dirimu kerana kau mampu. Itu kekuatan yang kau ada.
Kehilangan ini bukan kerana DIA merampas apa-apa daripada hidupmu. Kau sekadar memulangkan apa yang dipinjamkan buat sementara waktu.
Relakan, dan kau akan rasa lega.
Ramadan ini hadir buatmu.
Peluang meraih reda-Nya atas setiap kesedihan yang kau rasa.
Peluang menyembuhkan hatimu agar kau dapat nikmati hidup ini dengan lebih wajar.
#mommycathomey
#strongerwithfaith
#livingwithgrief
#Ramadanedition
#lifeafterloss


Leave a Reply