Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 10

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฌ

Andai saja kita menekuni ujian kehilangan ini dengan hati yang jujur dan tulus, mudah-mudahan di penghujungnya ada kebahagiaan yang luar biasa.

Bukan kerana kehilangan itu kecil atau tiada makna tetapi kerana jiwamu sudah dibesarkan dengan rasa sabar.

Mungkin ada ibadah yang banyak celanya.

Mungkin ada taubat yang belum benar-benar sempurna.

Dan,

Ujian ini satu anugerah untuk Allah menilai usahamu bertahan dengan iman walaupun ketika itu, dirimu sudah berada di titik yang paling rendah.

Badai ujian yang hebat ini sepadan untuk hamba-Nya yang mampu dan kuat hatinya. Hamba yang DIA pilih untuk merasai satu detik kehilangan yang perit, yang terpaksa menempuhi fasa sembuh yang sakit dan yang belajar untuk tenang dalam diam.

Ramadan ini hadiah buat hamba-Nya yang sabar dan bersungguh-sungguh untuk kekal sabar serta percaya pada takdir-Nya.

Rasa sedih itu sementara.

Rasa hilang itu sementara.

Malah ujian ini juga sifatnya sementara.

Yang kekal adalah rahmat-Nya.

Sabarlah.

Ramadan akan memelukmu dengan rahmat, melimpahkanmu dengan pengampunan dan menjadi jalan kebebasan dari neraka jahanam.

Di hujung sabar itu, 

Allah telah mempersiapkan nikmat yang lebih besar daripada apa yang kau pernah hilang.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading