๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ฟ๐ถ๐ฒ๐ณ
๐ธ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ญ
Cara sembuh setiap orang adalah berbeza meskipun ujiannya tentang perkara yang sama iaitu kehilangan.
Kisah dan hikmah sepanjang proses untuk sembuh itu tergantung pada apa yang hatimu pilih.
Kesan dan pesan dipandang dari perspektif yang tidak selari tergantung di titik mana kau berdiri.
Ada yang pilih menjauh.
Agar hatinya tidak terluka saat ditanya bertalu tentang rasa sakit itu.
Ada yang pilih membisu.
Agar jiwanya tidak ditarik semula ke saat kehilangan itu.
Ada yang pilih mengingat dan menyebut.
Agar seluruh kenangan itu sentiasa hidup dan rasa rindu itu tidak mati.
Ada yang pilih untuk jatuh berkali-kali dan bangkit kembali.
Kerana soal sembuh itu bukan tentang tidak hancur tetapi senekad mana kau bangun bersama diri yang rapuh.
Hidup bersama duka ini adalah satu perjalanan yang sunyi.
Yang kau sendiri pun tidak sedar bila kau bermula. Kau tak pasti sejauh mana kau sudah melangkah.
Kau hanya melihat dirimu yang suram bersama air mata sehingga kau lupa memandang hatimu yang tidak pernah putus asa untuk hidup setiap hari.
Dan,
Mungkin itu kekuatan paling senyap yang hatimu pilih.
Agar kau belajar mengenal-Nya dalam jiwa yang tidak punya apa-apa lagi kecuali Dia.
#mommycathomey
#strongerwithfaith
#livingwithgrief
#Ramadanedition
#lifeafterloss


Leave a Reply