Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 12

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฎ

Rindu.

Ia tentang jarak yang perlu didekati.

Ia tentang perlu ada sebagai tanda memiliki.

Sehinggalah rindu itu datang daripada satu kehilangan, ia jadi satu emosi yang kita tahu bahawa orang yang dirindui tidak akan pulang lagi ke sisi.

Kita cuba kuat sebagai tanda menerima.

Cuba menyesuaikan diri.

Cuba yakinkan hati bahawa masa akan menyembuhkan.

Pujuk hati bahawa semua rasa sakit ini akan berlalu pergi.

Sampai satu detik, rindu yang sebegini buatkan kita berhenti berlari dan mencari. Berhenti mencipta ilusi. 

Berhenti berharap takdir boleh ditukar ganti.

Rindu pada insan yang pergi mendahului memaknai kebergantungan hati pada-Nya.

Rindu yang tak dapat diselesaikan oleh dunia, mendesak hati mencari langit.

Rindu yang sudah terlalu berat untuk dipikul, memaksa dahi sujud ke bumi – mematahkan ego dan merendah diri.

Ketika ada rindu yang tak tercapai, ia jadi jalan paling sunyi kembali kepada Ilahi.

Kerana,

Kehilangan itu bukan sekadar mengajar tentang duka.

Ia adalah satu siri daripada banyak siri ujian kehidupan yang mendidik dan menguatkan hati.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading