Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 13

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐‘€๐‘’๐‘˜๐‘Žโ„Ž, 1447 ๐ป๐‘–๐‘—๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฏ

Aku,

Wanita yang terlihat kuat, bukan kerana aku benar-benar kuat tetapi kerana sayap-sayapku yang kukuh menopangku.

Aku mampu terbang tinggi kerana dua sayap kanan dan kiri ini. Aku mampu hadap apa jua cuaca takdir kerana dua lelaki ini – anak dan suami.

Saat aku lelah dan penat, mereka jadi rapat dan memelukku erat. Saat aku ragu dan goyah, mereka seimbangkan diri aku agar aku tidak hilang arah.

Sehinggalah detik dia ditakdirkan pergi, aku adalah burung yang patah salah satu sayapnya. 

Orang kata, walau patah sayap, aku masih boleh bertongkat paruh.

Tetapi aku memilih diam. Aku tidak pilih untuk terbang semula dalam keadaan aku terluka.

Sayap aku direntap kuat sehingga aku hilang upaya walau sekadar beralih sisi. Tak mampu menegakkan diri sendiri.

Jatuh kali ini bukan jatuh yang buatkan kau duduk bersimpuh. Ia jatuh yang buatkan kau terhempas, longlai satu tubuh. 

Lemah segala sendi. 

Bingung dan hilang diri.

Sejak itu aku faham, tidak semua jatuh perlu bangkit segera. 

Aku perlu waktu untuk merawat luka. Ada garis masa untuk sembuh semula.

Agar suatu hari nanti, ketika aku mahu terbang kembali, aku masih mampu melayang tinggi bersama satu sayap yang setia di sisi.

Aku tahu bagaimana untuk teruskan hidup bersama cinta yang masih tinggal.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading