Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 14

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐‘€๐‘’๐‘˜๐‘Žโ„Ž, 1447 ๐ป๐‘–๐‘—๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฐ

Saat terbuka pintu duka, saat itu juga seolah-olah tertutup pintu bahagia.

Yang kau lihat adalah satu pintu lain, yang kau namakan pintu kecewa dan air mata.

Fikiran seakan membayangkan sebaris namamu sudah tertulis di pintu derita hingga akhir nyawa.

Segala kurniaan Tuhanmu yang pernah kau nikmati sebelum itu, tiba-tiba hilang makna. Setiap impian tentang masa depan, perlahan-lahan kau padam dari senarai harapan.

Hanya kerana satu takdir duka, ia upaya menghancurkan sekuat-kuat manusia. Kau jadi manusia berbeza yang hidup dalam dunia yang kau sendiri cipta.

Namun,

Masa tak pernah peduli dengan hatimu yang terluka. Ia tetap melepasi hidupmu, pergi dan tak akan berpatah balik. Ia tak akan berhenti hanya untuk menanti kau senyum semula.

Demi masa, perlahan-lahan kau akan faham bahawa kehilangan itu bukan satu hukuman tetapi satu jalan lain yang membuka lebih banyak pintu kebaikan.

Reda dan berlapang dada.

Maka akan terbuka pintu tenang yang mendekatkanmu pada sandaran yang tak pernah hilang – Tuhan Yang Maha Penyayang.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading