Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 16

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐‘€๐‘’๐‘˜๐‘Žโ„Ž, 1447 ๐ป๐‘–๐‘—๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฒ

Andai kata boleh dihitung daripada seluruh ujian hidup yang menguji sabar, ujian kehilangan antara yang meletakkan seorang hamba itu pada tingkatan sabar yang tak terbayangkan.

Sabar untuk pertahankan iman.

Sabar untuk menerima dan redha.

Sabar untuk lalui hari-hari seterusnya setelah episod kehilangan itu.

Saat hati mampu sabar, saat itu baru kau sedar bahawa kau mampu lalui apa jua ujian yang datang. Kau upaya hadap segala perit perasaan yang tak pernah terfikir kau akan laluinya.

Sabar bagai garis halus yang memisahkan kedudukan kau dari yang sebelumnya. Yang mengangkat dirimu pada tempat selayaknya untuk hamba yang tulus dengan rasa sabarnya.

Sabar berdiri di hadapan-Nya, lalu mengangkat takbiratulihram. Kau rukuk dan sujud pada kekuasaan-Nya. Kau akui lemahnya hati. Kau akui rendahnya diri.

Solat dalam keadaan kau berjuang untuk sabar dengan takdir bukan satu perjuangan mudah.

Di situlah kau temui kekuatan yang tak akan kau dapat jika kau bergantung pada makhluk.

Di antara rukuk dan sujud itulah kau fahami bahawa sabar bukan sekadar menahan perasaan tetapi bersandar pada-Nya agar kau tak terus hancur.

Dan perlahan-lahan, solat itu menguatkan sabarmu.

Sehingga pada suatu masa nanti, kau nikmati kebahagiaan yang abadi, kerana sabarmu itu.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading