Creating a life we love ~ FaithFamilyFeline

Living with Grief – Hari 17

๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ณ

๐ธ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›

๐‘€๐‘’๐‘˜๐‘Žโ„Ž, 1447 ๐ป๐‘–๐‘—๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿณ

Perjuangan terawal kami ketika diuji dengan pemergiannya, bukanlah tentang menerima atau menolak takdir.

Tetapi tentang menjaga hati.

Al-qalb yang menjadi penentu kebaikan dan kerosakan jasad seorang manusia.

Yang sangat mudah berbolak-balik ketika diri dirundung duka yang amat dalam.  Yang senang goyah ketika diri sedang bermujahadah untuk tenang.

Akan selalu ada bisikan halus yang memanaskan fikiran. Ada saja rasa buruk sangka yang muncul tiba-tiba.

Pemergiannya sesuatu yang tidak dijangka meskipun kami sedar bahawa kematian boleh datang bila-bila, boleh menimpa sesiapa saja.

Dan takdir itulah yang menjadi penanda aras kedudukan hati kami sendiri bila ia memilih untuk melakukan apa yang hati paling berat untuk buat.

Rukuk dan sujud. Tunduk dan akur.

Kerana nafsu akan selalu memilih yang mudah iaitu dunia.

Leka dan lupa. Sombong dan angkuh.

Hidup selepas satu kehilangan ini tidak mudah. Apabila hati memilih yang paling berat – redha di saat kehilangan – ketika itulah Allah membuka banyak pintu kebaikan.

Salah satunya adalah ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ia bukan tentang baiknya kami tetapi tentang Allah yang menjaga hati kami dengan sebaik-baik cara-Nya.

#mommycathomey

#strongerwithfaith

#livingwithgrief

#Ramadanedition

#lifeafterloss


Comments

Leave a Reply

Discover more from mommycathomey

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading