๐๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ฟ๐ถ๐ฒ๐ณ
๐ธ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐โ, 1447 ๐ป๐๐๐๐โ
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ด
Saโi menjadi refleksi kepada apa yang kami lalui sejak pemergian anak tunggal kami.
Kami belajar satu perkara yang meluruskan fahaman kami.
Yang meresahkan jiwa bukanlah ujian yang menimpa kami tetapi tentang kuat atau lemahnya kebergantungan hati pada Ilahi.
Sejauh mana kami betul-betul yakin dengan-Nya. Sedalam mana kami meletakkan rasa percaya bahawa takdir-Nya adalah terbaik untuk kehidupan kami, dunia dan akhirat.
Ibrah kisah seorang ibu yang ulang-alik antara Safa dan Marwah, dalam keadaan cemas, di padang pasir tandus yang panas dan tiada air. Wanita yang fizikalnya lemah tetapi tidak putus asa berusaha mencari air untuk anaknya yang kehausan.
Sikapnya sepadan dengan kata-kata yang dilafazkan, โJika begitu, Allah tidak akan mensia-siakan kami.โ
Hajar tidak berhenti pada usaha pertama. Dia terus berusaha sehingga melengkapkan 7 kali perjalanan walaupun belum nampak tanda air akan muncul.
Hajar tidak menemui air di Safa.
Tidak juga di Marwah.
Namun takdir Allah, air itu memancar dari bawah kaki Ismail sendiri.
Allah memberkati tanah tandus itu menjadi tanah suci Mekah. Tanah yang tersergam Kaabah, yang dibina oleh Nabi Ibrahim.
Tanah yang menjadi sumber air Zam-zam.
Dan Allah memberkati Nabi Ibrahim dengan keturunan yang ramai menjadi nabi sehingga kepada jurai keturunan paling mulia iaitu Rasulullah saw.
Allah mendidik hati bahawa pertolongan-Nya boleh datang dari punca yang tidak dijangka, dari arah yang Dia pilih dan Dia redha untuk kami lalui.
Itulah yang perlu dijaga oleh hati selagi ujian hidup belum selesai.
Semua ini bukan tentang kekuatan untuk terus hidup dalam kebaikan tetapi dalam setiap langkah, ada Allah yang membuka jalan.
Begitulah kami.
Tidak jemu belajar melihat takdir ini sebagai satu hikmah.
Bila membayangkan bagaimana Allah memenuhkan tanah tandus itu dengan kehidupan seperti yang kami lihat sendiri, maka kami yakin ujian kehilangan ini tidak sia-sia di sisi-Nya.
Perpisahan ini sementara.
Ujian duka ini pun sementara juga.
Kami atur langkah-langkah ini, semoga ia menjadi jalan yang menyatukan kami kembali di syurga Firdaus.
#mommycathomey
#strongerwithfaith
#livingwithgrief
#Ramadanedition
#lifeafterloss


Leave a Reply