𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳
𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛
𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟵
𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗗𝗜𝗥
Kadang-kadang,
Antara sela-sela kehidupan ini, akan ada satu takdir yang mengikat kemas hati pada kenangan.
Persamaan yang bukan kebetulan.
Kebetulan yang sudah tertulis dalam catatan.
19 Ramadan.
Dulu, ia hanyalah satu tarikh biasa yang ummi tempuhi saban tahun. Namun, sejak 2,132 hari yang lalu, ia menjadi tarikh yang sentiasa ummi tunggu.
Ia datang bersama rindu. Ada juga seiring sendu. Ada rasa terluka. Malah ada rasa bahagia.
Isnin, 19 Ramadan 1396 Hijr, tarikh permulaan hidup ummi.
Selasa, 19 Ramadan 1441 Hijr, tarikh berakhirnya perjalanan hidup ayah ummi.
Ummi bersama ayah selama 45 tahun, satu tempoh yang cukup untuk ayah melihat beberapa fasa kehidupan ummi.
Dalam setiap fasa itu, sentiasa ada ayah. Kecuali fasa pemergian Qayyim, ayah sudah tiada. Satu fasa jiwa rapuh. Tanpa ayah, ia jadi satu pengalaman perit buat ummi.
Ada masa, ummi seperti mencari-cari sosok ayah. Ummi mahu mengadu keluh-kesah hati yang rindukan anak.
Ummi selalu berharap ayah menanti di rumah, seperti dulu, untuk mendengar cerita ummi.
Ummi mahu ayah memujuk dengan kata-kata yang menenangkan jiwa ini.
Ironinya, apa yang ummi bayangkan itu cuma dalam kepala. Hakikatnya, ayah sudah tiada.
Tahun ini tahun kedua ummi menikmati detik ulangtahun kelahiran ummi di Mekah. Ummi bawa bersama kenangan dan doa yang tidak henti buat ayah.
Perginya ayah membawa bersama sebahagian daripada diri ummi tetapi dalam masa sama, ayah tetap hidup dalam jiwa ummi.
Ummi tempuhi fasa berduka pemergian Qayyim dengan membawa bersama nasihat dan didikan yang pernah ummi terima daripada ayah.
Sabar, redha dan diam.
Ia cara terbaik menerima apa jua takdir tanpa banyak bicara dan soal tanya.
Di situ ada ayah.
Ada satu persamaan takdir.
Setiap sabar yang ummi genggam kuat, reda yang ummi pegang erat, diam yang tertutup rapat, mudah-mudahan menjadi pahala yang berpanjangan buat ayah.
#mommycathomey
#strongerwithfaith
#livingwithgrief
#Ramadanedition
#lifeafterloss


Tinggalkan Balasan