Tag: faithfamilyfeline
-

PERMULAAN BARU DENGAN NIAT YANG DIPERBAHARUI
1 Muharam 1447H. Langkah kecil di tanah asing, MCH bermusafir ke Vietnam bersama Furvit. Jenama Nutrilick menyusun jejak di bumi Mekong ini memperluas misi kasih dan manfaat buat si bulus sejagat. Langkah ini satu pilihan yang berat namun hati menjunjung tawakal. Semoga setiap langkah dihitung sebagai ibadah. Setiap yang payah menjadi mudah. Yang nampak jauh…
-

SEDEKAD BERLALU, 4 JUN TETAP TIBA: DULU TANPA KAMI, KINI TANPA DIA.
Masa ummi tengok semula gambar lama ni yang muncul di memori fb, rasa rindu pada anak lelaki ummi jadi semakin dalam dan berat. Jadi semakin tajam dan menusuk jauh ke hulu hati. Merindui anak tunggal yang telah pergi selamanya adalah antara ujian hidup yang paling berat buat ummi dan ayah. Sedangkan berjauhan jarak denganmu saja…
-

TERIMA KASIH AYAH QAYYIM: LELAKI QAWWAM KETIKA DIUJI KEHILANGAN ANAK LELAKI TUNGGAL
“Seorang lelaki boleh menjadi ayah kerana takdir tetapi tidak semua mampu menjadi tempat anak berpaut. Ia adalah pilihan, pengorbanan, cinta dan kasih yang tak pernah cukup untuk dihitung”. Banyak yang aku lihat tentang dirinya tetapi aku tak mampu mengatakannya dalam bentuk kata-kata kerana setiap yang aku simpan jauh di jeluk hati ini terlalu dalam untuk…
-

KEPADA-NYA KAMI KEMBALI
Pastinya kita semua terkejut dengan tragedi ini. Mommy pun merasakan hal yang sama saat membaca berita ini awal pagi tadi. Ia satu kehilangan yang besar buat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana anak-anak ini bakal menyumbang kebaikan buat negara. Dan ia satu kehilangan yang pedih dan memilukan buat keluarga yang ditinggalkan. Mommy menyampaikan rasa dukacita…
-

HASRAT YANG DITUNDA
Wahai anak, ummi dan ayahmu diuji lagi tetapi saat kami singgah menziarahi kuburmu pagi Jumaat ini, ia seperti satu kelegaan. Terasa tenang saat berdoa di sisimu. Terasa nyaman saat berada di tanah sunyi ini. Terasa aman saat kami letakkan seluruh sangkaan baik ini pada-Nya. Urusan badal hajimu tertunda, bukan kerana ummi ayah sengaja melewatkan tanggungjawab…
-

KEPADA-NYA KAMI KEMBALI
Pemergian yang mendukacitakan ketika anak-anak ini dalam perjalanan pulang menemui keluarga. Kehilangan yang berat ketika keluarga berharap dapat menyambut Aidiladha bersama mereka. Takdir Zulhijjah yang tentunya balasan pahala itu tidak terbatas atas kesabaran dan redha orang tua mereka. Kejadian ini mengusik kembali hati ummi. Teringat tentang Qayyim yang pulang ke tanah air sebagai satu kejutan…
-

TARIKH YANG AKAN TERUS BERULANG
4.6.2025 Berdebar dada ummi saat lampu skrin fon menyala. Pandangan ummi terus jatuh pada gambarmu yang terpampang jelas di skrin. Tarikh itu muncul bersama wajahmu yang sungguh-sungguh ummi rindu. Wajah yang ummi tatap setiap hari tanpa jemu. Wajah yang ummi harap selalu hadir dalam mimpi. Wajah yang ada di mana-mana saja. Dua puluh lima tahun…
-

NEGARA KEHILANGAN WIRA, KELUARGA HILANG SEGALANYA.
Pemergian yang tragis dan mengejutkan. Seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita dengan kehilangan 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas kemalangan di Teluk Intan, Perak pagi tadi. Mereka pergi setelah selesai menyempurnakan tugas, amanah dan tanggungjawab. Semoga Allah merahmati roh mereka yang beriman dan ditempatkan di kalangan yang beramal soleh. Ada anak kehilangan…
