Tag: faithfamilyfeline
-

5/10 RESET MINDA: MENCARI TENANG
Senang itu anugerah dunia. Tenang itu anugerah iman. Senang itu apa yang kita ada. Tenang itu apa yang kita rasa. Dalam senang tidak selalunya ada tenang. Namun tenang boleh ada dalam keadaan yang tidak senang. “Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan…
-

4/10 RESET MINDA:MENAHAN JARAK
Ada jurang yang tercipta bukan untuk memisahkan. Ada jarak yang terbina bukan untuk menjauhkan. Ada keadaan yang kita nampak sayup itu adalah untuk menyelamatkan. Ada situasi yang kita rasa tak terjangkau dek akal itu adalah satu perlindungan. Ada masa kita perlu jauh agar tidak terluka. Ada masa kita tak perlu dekat untuk saling peduli. Menahan…
-

3/10 RESET MINDA: BERDAMAI DENGAN SUNYI
Ada ujian-ujian hidup yang melontar kita dalam kebingungan. Meletakkan kita dalam sunyi yang infiniti. Tercampak atas dasar yang gelap seakan tiada jalan keluar. Segala yang banyak dan ramai itu semakin meminggir. Segala yang ada dan hampir itu semakin menjauh. Segala yang riuh dan sibuk itu semakin membisu. Yang dituju dan menjadi tumpu semakin menghindar. Perlahan-lahan…
-

2/10 RESET MINDA : ‘MOVE WITH”
Andai masih ada perkara lama yang belum mampu dilepaskan lagi, usah paksa diri. Bukan semua ujian hidup perlu dihabisi dalam garis masa tertentu. Tidak semua urusan hidup harus disusun mengikut kalendar tahun baru. Jangan terburu-buru sehingga kita terlepas pandang mana kemudian mana dahulu. Takdir tidak memaksa kita untuk ‘move on’ tetapi belajarlah untuk ‘move with’.…
-

1/10 RESET MINDA: LURUSKAN HATI
Pagi tadi ada tak buat kiraan baki hari tahun ni? Panik tak bila buat kiraan dengan jari tu, sedar-sedar tinggal 10 hari saja lagi sebelum 2025 berakhir. Lagi panik bila apa yang pernah dirancang belum nampak akan berjaya. Yang diusaha belum muncul hasilnya. Yang pasti, tahun akan tetap berganti. Tak apa. Semua tu normal. Walau…
-

HIDUP INI TENTANG ALLAH
Mama Zara ibu yang terpilih. Sepanjang tempoh mengikuti kronologi kes Adik Zara Qairina, Mommy akui yang sedikit sebanyak ia membawa Mommy kembali ke detik awal pemergian Qayyim. Hari yang keliru penuh celaru. Hari itu tenang tetapi ada yang hilang. Hari yang kami tidak tahu apa-apa tetapi ‘dipaksa’ menerima takdir bahawa Qayyim telah tiada. Banyak persoalan…
-

DEWASA DI JALAN FISABILILLAH
Dia pernah ragu ketika memilih. Bila nekad, dia tidak lagi menoleh. Pernah berimpian menjadi juruterbang, dia menukar haluan ke litar perlumbaan. Mungkin kerana minat pada bunyi dan kelajuan, dunia langit dan bumi tidak terasa jauh beza. Ummi Ayah mahu dia jadi insan bermanfaat dan memberi kebaikan. Lelaki yang menuju dewasa perlu berilmu dan ada pengetahuan.…
-

KENANGAN ITU BUKAN MUSUH
Cinta itu nadi. Rindu menjadi sendi. Cinta buatkan aku lupa diri. Rindu buatkan aku hampir mati. Dua emosi yang buatkan aku salah faham tentang takdir ini. Sehinggalah kenangan muncul satu demi satu bagai papan cerita yang bersusun kemas. Menarik setiap rasa ini lalu berkumpul menjadi satu. Kenangan itulah yang menghidupkan hati agar aku bangkit dan…
-

TENANG YANG KAMI CARI
Rumah ini jadi sunyi semenjak dia pergi. Sunyi dan sepi yang terlalu dalam. Hingga rasa seperti hidup dalam dunia yang lembab, muram dan diam. Sunyi itu tidak menjadikan kami tenang. Semakin ia sunyi, ia semakin meresahkan kerana ada ingatan yang tak terbatas. Ada rindu yang tak berbalas. “Apa yang engkau cari sedang mencarimu”. Dan takdir…
-

THE QUEST OF THE SILENT HEART : PENCARIAN TENTANG HATI DAN IDENTITI DIRI
Tidak semua hati memilih untuk bersuara meskipun sangat ingin meluahkannya dalam bentuk bentuk kata-kata. Ada yang memilih diam bukan kerana tiada rasa tetapi mahu menyimpannya sebaik mungkin sehingga waktu yang tepat, segalanya akan terungkap. Dia anak yang mudah mesra dan didekati. Mudah diajak bicara dan menyesuaikan diri. Nampak mudah tapi sebenarnya payah. Ada perkara tertentu…
