Tag: fitrahjiwa

  • SELAMAT HARI IBU

    SELAMAT HARI IBU

    Kisah seorang ibu tidak akan sama. Bermula dari tajuk cerita, susunan bab, plot dan kemuncak hidup, perjalanan akhir dan penutup, setiap satunya unik dan tersendiri. Ada yang berjuang sendirian. Ada yang cuba kuat dalam diam. Ada yang menutup rasa. Ada yang sedang menjahit luka. Ada yang membina empayar. Ada yang masih mengatur cita-cita. Ada yang…

  • HATI

    HATI

    Hati ini selalu tidak bersedia sehinggalah saat melakukannya. Selagi boleh dicari alasannya, selagi itulah hati menolak. Seakan semua perlu ikut kehendak hati sendiri tanpa sedar bahawa setiap urusan hidup adalah di bawah kehendak-Nya. Sama ada dipaksa atau terpaksa, bulat hati atau berbelah-bagi, hidup perlu diteruskan. Jujur ummi akui. Pemergian Qayyim merentap kekuatan hati ummi. Dunia…

  • RINDU SEBATAS AL-FATIHAH

    Ruang tenang kami, bilik Izz Qayyim. Dia sempat melakar idea hiasan biliknya ketika kami ‘membangunkan’ rumah ini. Impiannya kami realisasikan tanpa satu pun yang terlepas pandang. Sama seperti apa yang dia mahu. Cuma, Dia yang tak sempat melihat hasil lakarannya. Rezeki yang tertulis adalah untuk siap, bukan untuk dia diam di kamar ini. Sepanjang proses…

  • PULANG BERSAMBUT RINDU

    PULANG BERSAMBUT RINDU

    Khamis. 2.4.2026 bersamaan 13 Syawal, Mommy Dedi selamat tiba di tanah air selepas satu penerbangan yang mengambil masa 8 jam 38 minit. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah jam 1.53 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.31 pm, awal 24 minit daripada yang dijadualkan.…

  • MENTARI 1 SYAWAL

    MENTARI 1 SYAWAL

    Lama ummi simpan gambar ni. Sekeping gambar merakam cahaya mentari pada awal pagi 1 Syawal, yang terpancar keemasan menembusi panel kaca ruang tangga ke tingkat atas Raudhatul Qayyimi. Tenang dan sangat damai. Unik dan sangat cantik. Dalam beberapa hari saja lagi Syawal bakal berlalu pergi. Sama seperti Ramadan, perjalanan menempuhi bulan kemenangan ini adalah atas…