Tag: MIQ
-

HIDUP INI TENTANG ALLAH
Mama Zara ibu yang terpilih. Sepanjang tempoh mengikuti kronologi kes Adik Zara Qairina, Mommy akui yang sedikit sebanyak ia membawa Mommy kembali ke detik awal pemergian Qayyim. Hari yang keliru penuh celaru. Hari itu tenang tetapi ada yang hilang. Hari yang kami tidak tahu apa-apa tetapi ‘dipaksa’ menerima takdir bahawa Qayyim telah tiada. Banyak persoalan…
-

DEWASA DI JALAN FISABILILLAH
Dia pernah ragu ketika memilih. Bila nekad, dia tidak lagi menoleh. Pernah berimpian menjadi juruterbang, dia menukar haluan ke litar perlumbaan. Mungkin kerana minat pada bunyi dan kelajuan, dunia langit dan bumi tidak terasa jauh beza. Ummi Ayah mahu dia jadi insan bermanfaat dan memberi kebaikan. Lelaki yang menuju dewasa perlu berilmu dan ada pengetahuan.…
-

KENANGAN ITU BUKAN MUSUH
Cinta itu nadi. Rindu menjadi sendi. Cinta buatkan aku lupa diri. Rindu buatkan aku hampir mati. Dua emosi yang buatkan aku salah faham tentang takdir ini. Sehinggalah kenangan muncul satu demi satu bagai papan cerita yang bersusun kemas. Menarik setiap rasa ini lalu berkumpul menjadi satu. Kenangan itulah yang menghidupkan hati agar aku bangkit dan…
-

TENANG YANG KAMI CARI
Rumah ini jadi sunyi semenjak dia pergi. Sunyi dan sepi yang terlalu dalam. Hingga rasa seperti hidup dalam dunia yang lembab, muram dan diam. Sunyi itu tidak menjadikan kami tenang. Semakin ia sunyi, ia semakin meresahkan kerana ada ingatan yang tak terbatas. Ada rindu yang tak berbalas. “Apa yang engkau cari sedang mencarimu”. Dan takdir…
-

THE QUEST OF THE SILENT HEART : PENCARIAN TENTANG HATI DAN IDENTITI DIRI
Tidak semua hati memilih untuk bersuara meskipun sangat ingin meluahkannya dalam bentuk bentuk kata-kata. Ada yang memilih diam bukan kerana tiada rasa tetapi mahu menyimpannya sebaik mungkin sehingga waktu yang tepat, segalanya akan terungkap. Dia anak yang mudah mesra dan didekati. Mudah diajak bicara dan menyesuaikan diri. Nampak mudah tapi sebenarnya payah. Ada perkara tertentu…
