Rumah ini jadi sunyi semenjak dia pergi. Sunyi dan sepi yang terlalu dalam. Hingga rasa seperti hidup dalam dunia yang lembab, muram dan diam.
Sunyi itu tidak menjadikan kami tenang. Semakin ia sunyi, ia semakin meresahkan kerana ada ingatan yang tak terbatas. Ada rindu yang tak berbalas.
“Apa yang engkau cari sedang mencarimu”.
Dan takdir pemergian dia adalah sebahagian daripada doa yang sedang dimakbulkan.
Kami mahu mencari tenang di penghujung usia dan ia datang berbungkus kemas dalam ujian yang menggoncang jiwa. Kami tidak menjangka tetapi akhirnya kami faham, ia datang pada saat yang kami sangka kami tidak bersedia tapi kami tempuhi jua dengan rela.
DIA mengambil harta yang paling kami sayang untuk melihat sejauh mana kami akan berusaha untuk kembali mencari tenang. Di rumah yang sunyi ini. Dengan apa yang kami miliki.
Di sebalik gelora itu, ada tenang yang sedang menunggu. Ada tenang di sebalik hati yang libang-libu.
Dengan mengingati-Nya jiwa akan lapang dan tenang kerana DIA yang menyusun setiap takdir ini adalah Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
#mommycathomey
#faithfamilyfeline
#kuatkeranaCinta
#satuharisatulangkah
#MIQ
#anaktunggal
#anaklelakiummiayah
#strongerwithfaith


Leave a Reply