Cinta itu nadi. Rindu menjadi sendi.
Cinta buatkan aku lupa diri. Rindu buatkan aku hampir mati. Dua emosi yang buatkan aku salah faham tentang takdir ini.
Sehinggalah kenangan muncul satu demi satu bagai papan cerita yang bersusun kemas. Menarik setiap rasa ini lalu berkumpul menjadi satu.
Kenangan itulah yang menghidupkan hati agar aku bangkit dan berdiri.
Kenangan itulah yang meniup semangat pada roh aku yang lesu agar bernafas kembali.
Kenangan tentang anak yang telah pergi sering buatkan aku hiba dan rindu. Jiwa jadi sakit dan sendu. Fikiran mudah jadi buntu. Segala arah hidup ini jadi celaru.
Hujungnya, aku sedar bahawa kenangan itu bukan musuh. Ia penuh cerita manis dan indah. Anak yang telah tiada ini meninggalkan kebahagiaan dan kegembiraan untuk aku kenang. Dia buat aku menangis. Dalam masa sama aku masih mampu tersenyum.
Itulah alasannya mengapa aku jatuh cinta dengan takdir ini.
#mommycathomey
#faithfamilyfeline
#kuatkeranaCinta
#satuharisatulangkah
#MIQ
#strongerwithfaith
#bicaraMCH


Leave a Reply