Andai masih ada perkara lama yang belum mampu dilepaskan lagi, usah paksa diri.
Bukan semua ujian hidup perlu dihabisi dalam garis masa tertentu. Tidak semua urusan hidup harus disusun mengikut kalendar tahun baru. Jangan terburu-buru sehingga kita terlepas pandang mana kemudian mana dahulu.
Takdir tidak memaksa kita untuk ‘move on’ tetapi belajarlah untuk ‘move with’. Itu jauh lebih mudah daripada melupakan apa yang kita rasa mahu bawa sampai mati, daripada menidakkan setiap luka dan calar emosi.
Berjalan perlahan bersama apa yang masih tinggal di hati.
Bergerak ke hadapan mengikut takdir yang telah ditentukan.
Berjuang teruskan hidup dengan membawa pengajaran dan hikmah tanpa jadikan ia alasan berhenti melangkah.
Hantar emoji 🤍 jika anda juga sedang belajar untuk ‘move with’ hari ini.
Refleksi:
Apa satu pengajaran yang anda pilih untuk bawa bersama dalam perjalanan tahun baru nanti?
#mommycathomey
#rejabresetrehab
#10resetmindaambang2026
#faithfamilyfeline
#strongerwithfaith


Leave a Reply