Pagi tadi ada tak buat kiraan baki hari tahun ni?
Panik tak bila buat kiraan dengan jari tu, sedar-sedar tinggal 10 hari saja lagi sebelum 2025 berakhir.
Lagi panik bila apa yang pernah dirancang belum nampak akan berjaya. Yang diusaha belum muncul hasilnya. Yang pasti, tahun akan tetap berganti.
Tak apa. Semua tu normal.
Walau apa pun situasinya, kita sudah melepasi 355 hari yang sarat pelbagai kisah. Dalam keadaan kita rasa semua perkara tak menyebelahi kita, banyak lagi perkara baik yang Allah sediakan cuma belum tersingkap hikmah di sebaliknya.
Luruskan hati. Perbetulkan semula niat. Perkemaskan lagi usaha. Perbanyakkan doa.
Kita manfaatkan saja 10 hari terakhir ini dengan perkara yang baik-baik agar ia menjadi asbab terbukanya segala pintu rahmat serta kejayaan di tahun baru nanti.
Refleksi:
Adakah hati aku masih lurus dengan niat yang aku bawa dari awal tahun? Adakah masih kerana Allah atau kerana aku takut gagal?
#mommycathomey
#rejabresetrehab
#10resetmindaambang2026
#faithfamilyfeline
#strongerwithfaith


Leave a Reply