Kadang-kadang, emosi yang sesak bukan datang daripada apa yang berlaku tetapi daripada apa yang kita fikir tentangnya. Bukan dunia yang menyempit tetapi fikiran sendiri yang mengecilkan ruang.
Cara kita menyusun akal akan menentukan hasil akhir. Cara kita mengelola fikiran akan menentukan tamat salah satu episod cerita kehidupan.
Satu fikiran salah yang berulang boleh menjadi kamar yang picik.
Satu fikiran yang banyak tanda soal boleh menjadi jeriji yang menahan diri.
Satu fikiran yang tertahan akan buatkan emosi hidup dalam gelap – tanpa rasa tanpa warna.
Perlahan-lahan, takut bertukar jadi cemas. Kecewa menjadi murung. Sedih beralih kepada rasa putus asa.
Emosi bukan untuk dijadikan sandaran tetapi untuk dikendalikan oleh fikiran yang tenang dan matang. Ia bukan tentang memadam rasa tetapi tentang berhenti menjadi tawanan perasaan sendiri.
Merdeka emosi bermula sebaik kita sedar bahawa perasaan itu ada tetapi ia tidak menentukan siapa diri kita.
Hantar emoji 🕊️ jika anda sedang memilih untuk merdekakan emosi.
Refleksi:
Jika fikiranmu diberikan ruang, sebelum masuk tahun baru, emosi manakah yang ingin kamu lepaskan sekarang?
#mommycathomey
#faithfamilyfeline
#strongerwithfaith
#10resetmindaambang2026
#rejabresetrehab


Leave a Reply