Apa khabarmu hari ini?
Adakah sudah selesai dengan segala urusanmu, sudah tercapai setiap impianmu?
Atau,
Adakah masih buru-buru mengejar apa kau mahu sedangkan tahunnya sudah hampir ke titik temu?
Masa akan terus berlalu namun tidak mengapa jika hari ini kau berhenti seketika, memilih untuk menyusun semula langkahmu.
Mungkin ada yang kurang, yang pincang ataupun sesuatu yang tidak perlu lagi kau pegang untuk sempurnakan impianmu di masa akan datang.
Hidup ini kepunyaanmu. Ia sesuatu yang kau akan dipertanggungjawabkan atasnya.
Tidak lemah jika kau ambil masa berhenti seketika dan susun semula daripada kau teruskan langkah dalam keadaan berselerak.
Hantar emoji 🍃 jika kata-kata sangat membantumu.
Refleksi:
Apakah yang ingin kau bawa ke tahun depan setelah kau susun semula apa yang kau ada?
#mommycathomey
#faithfamilyfeline
#strongerwithfaith
#rejabresetrehab
#10resetmindaambang2026


Leave a Reply