Kategori: Anak Lelaki Ummi Ayah

  • AIR MATA RABI’ULAWAL

    Bulan kegembiraan. Bulan kebahagiaan. Bulan yang penuh rahmat dan nikmat kerana Allah angkat dan tinggikan kedudukan ummi menjadi seorang ibu. Itulah bulan kelahiran anak lelaki sulung ummi. Bersama tangisan pertamamu yang memecah ruang sejuk bilik bersalin itu, air mata ummi laju mengalir membasahi pipi. Hadirnya kamu melengkapkan niat dan tujuan perkahwinan kami iaitu mahu memiliki…

  • KEMBALINYA HATI

    Ya Muhammad. Hampir sebulan kami tinggalkan rutin ini. Hampir sebulan kami menanggung resah hati.  Kami rindu pada bauan tanah pusaramu. Rindu berada di sisimu sambil mengutis bunga-bunga putih layu di tangkainya. Kami rindu pada suasana damai itu. Beribu batu jauhnya, kami menjejak Tanah Suci bersama hati yang sarat rasa rindu pada kamu. Membawa diri yang…

  • NAMA DARIPADA SEBUAH DOA YANG DIMAKBULKAN

    Keinginan itu kuat namun kemampuan itu terhad.  Yang ada pada kami adalah doa sebagai pembuka cita dan ikhtiar sebagai bukti usaha. Malah kami percaya, hasrat hati yang wujud sebagai doa adalah sebahagian daripada takdir yang telah tersedia. Andai ia jadi nyata, kami terima kerana itu apa yang kami minta. Ia menjadi nikmat yang mengingatkan kami…

  • DEMI MASA

    Jam di pergelangan tangan Qayyim ini adalah jam yang sama ayah Qayyim pakai sepanjang musafir kami sebagai Duyufurrahman ini. Masih melekat bauan Qayyim meskipun ini bukan jam yang dia pakai buat kali terakhir. Ayah Qayyim dan Qayyim memiliki minat yang sama – jam tangan. Dengan jam inilah, terikat rasa rindu tanpa sempadan, tanpa had masa,…

  • DIA YANG DENGAR DAN MENJAWAB SALAM

    “Assalamualaikum Muhammad Izz Qayyim…” Sepi tapi menenangkan. Sunyi tapi membahagiakan. Sungguh ummi pernah berharap Qayyim akan membalas salam itu. Ummi rindukan getar suara anak ummi. Sudah terlalu lama ummi tidak mendengarnya. Ummi takut ummi akan lupa. Bukan ummi tidak waras. Bukannya ummi tidak beriman dengan Qada dan Qadar. Ummi sendiri sudah berdamai dengan takdir ini. …

  • BARANG-BARANG YANG PULANG TANPA TUANNYA

    Mak long tumpang bahagia bila Qayyim cakap akan sambung belajar dalam bidang yang Qayyim minati. Mak long menghitung hari yang tinggal sebelum Qayyim ke Perth. Mak long pun ikut sekali hantar Qayyim ke airport. Mak long ada gambar terakhir berdua dengan Qayyim. Qayyim salam mak long. Qayyim peluk mak long. Mak long cium kedua pipi…