Tag: mommycathomey

  • SELAMAT DATANG MEI

    SELAMAT DATANG MEI

    ماشاءالله تبارك الله Semua yang berlaku ini atas kehendak-Nya. Semoga Dia memberkati kurniaan-Nya buat kita semua, yang sangat berharap pada rahmat serta kasih-sayang-Nya. Nikmat yang membuatkan kita bahagia adalah salah satu anugerah yang harus disyukuri. Semoga ia dikekalkan sebagai kebaikan berpanjangan agar kita terus kuat hati untuk menjalani hidup lebih baik. Ujian yang membuatkan kita…

  • RINDU SEBATAS AL-FATIHAH

    Ruang tenang kami, bilik Izz Qayyim. Dia sempat melakar idea hiasan biliknya ketika kami ‘membangunkan’ rumah ini. Impiannya kami realisasikan tanpa satu pun yang terlepas pandang. Sama seperti apa yang dia mahu. Cuma, Dia yang tak sempat melihat hasil lakarannya. Rezeki yang tertulis adalah untuk siap, bukan untuk dia diam di kamar ini. Sepanjang proses…

  • PULANG BERSAMBUT RINDU

    PULANG BERSAMBUT RINDU

    Khamis. 2.4.2026 bersamaan 13 Syawal, Mommy Dedi selamat tiba di tanah air selepas satu penerbangan yang mengambil masa 8 jam 38 minit. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah jam 1.53 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.31 pm, awal 24 minit daripada yang dijadualkan.…

  • MENTARI 1 SYAWAL

    MENTARI 1 SYAWAL

    Lama ummi simpan gambar ni. Sekeping gambar merakam cahaya mentari pada awal pagi 1 Syawal, yang terpancar keemasan menembusi panel kaca ruang tangga ke tingkat atas Raudhatul Qayyimi. Tenang dan sangat damai. Unik dan sangat cantik. Dalam beberapa hari saja lagi Syawal bakal berlalu pergi. Sama seperti Ramadan, perjalanan menempuhi bulan kemenangan ini adalah atas…

  • Living with Grief – Hari 21

    Living with Grief – Hari 21

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟭 Selalunya, kita ini payah untuk akur dengan apa yang telah disusun oleh-Nya. Bila bertentangan dengan apa yang kita mahu, kita membentak. Kita fikir Tuhan tidak tahu apa yang kita perlu. Bila diberikan sesuatu yang kita tak suka, kita membantah. Kita sangka Tuhan tidak faham apa yang kita…

  • Living with Grief – Hari 20

    Living with Grief – Hari 20

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔, 𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔 Ada sebahagian permintaannya, menjadi kepingan-kepingan cerita yang mencantumkan kisah masa depan kami. Satu persatu apa yang pernah dia sebut, yang dia minta, menjadi realiti setelah dia pergi. Ia kebahagiaan yang menggantikan rasa duka. Sesuatu yang dia tinggalkan untuk kami ingat…

  • Living with Grief – Hari 19

    Living with Grief – Hari 19

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟵 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗗𝗜𝗥 Kadang-kadang, Antara sela-sela kehidupan ini, akan ada satu takdir yang mengikat kemas hati pada kenangan. Persamaan yang bukan kebetulan.Kebetulan yang sudah tertulis dalam catatan. 19 Ramadan. Dulu, ia hanyalah satu tarikh biasa yang ummi tempuhi saban tahun. Namun, sejak 2,132 hari yang lalu,…

  • Living with Grief – Hari 18

    Living with Grief – Hari 18

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳 𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟴 Sa’i menjadi refleksi kepada apa yang kami lalui sejak pemergian anak tunggal kami. Kami belajar satu perkara yang meluruskan fahaman kami. Yang meresahkan jiwa bukanlah ujian yang menimpa kami tetapi tentang kuat atau lemahnya kebergantungan hati pada Ilahi. Sejauh mana kami betul-betul yakin dengan-Nya. Sedalam…

  • Living with Grief – Hari 17

    Living with Grief – Hari 17

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳 𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟳 Perjuangan terawal kami ketika diuji dengan pemergiannya, bukanlah tentang menerima atau menolak takdir. Tetapi tentang menjaga hati. Al-qalb yang menjadi penentu kebaikan dan kerosakan jasad seorang manusia. Yang sangat mudah berbolak-balik ketika diri dirundung duka yang amat dalam.  Yang senang goyah ketika diri sedang bermujahadah…

  • Living with Grief – Hari 16

    Living with Grief – Hari 16

    𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗚𝗿𝗶𝗲𝗳 𝐸𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑒𝑘𝑎ℎ, 1447 𝐻𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟲 Andai kata boleh dihitung daripada seluruh ujian hidup yang menguji sabar, ujian kehilangan antara yang meletakkan seorang hamba itu pada tingkatan sabar yang tak terbayangkan. Sabar untuk pertahankan iman. Sabar untuk menerima dan redha. Sabar untuk lalui hari-hari seterusnya setelah episod kehilangan itu. Saat hati…