Tag: satuharisatulangkah
-

HIDUP INI TENTANG ALLAH
Mama Zara ibu yang terpilih. Sepanjang tempoh mengikuti kronologi kes Adik Zara Qairina, Mommy akui yang sedikit sebanyak ia membawa Mommy kembali ke detik awal pemergian Qayyim. Hari yang keliru penuh celaru. Hari itu tenang tetapi ada yang hilang. Hari yang kami tidak tahu apa-apa tetapi ‘dipaksa’ menerima takdir bahawa Qayyim telah tiada. Banyak persoalan…
-

DEWASA DI JALAN FISABILILLAH
Dia pernah ragu ketika memilih. Bila nekad, dia tidak lagi menoleh. Pernah berimpian menjadi juruterbang, dia menukar haluan ke litar perlumbaan. Mungkin kerana minat pada bunyi dan kelajuan, dunia langit dan bumi tidak terasa jauh beza. Ummi Ayah mahu dia jadi insan bermanfaat dan memberi kebaikan. Lelaki yang menuju dewasa perlu berilmu dan ada pengetahuan.…
-

KENANGAN ITU BUKAN MUSUH
Cinta itu nadi. Rindu menjadi sendi. Cinta buatkan aku lupa diri. Rindu buatkan aku hampir mati. Dua emosi yang buatkan aku salah faham tentang takdir ini. Sehinggalah kenangan muncul satu demi satu bagai papan cerita yang bersusun kemas. Menarik setiap rasa ini lalu berkumpul menjadi satu. Kenangan itulah yang menghidupkan hati agar aku bangkit dan…
-

TENANG YANG KAMI CARI
Rumah ini jadi sunyi semenjak dia pergi. Sunyi dan sepi yang terlalu dalam. Hingga rasa seperti hidup dalam dunia yang lembab, muram dan diam. Sunyi itu tidak menjadikan kami tenang. Semakin ia sunyi, ia semakin meresahkan kerana ada ingatan yang tak terbatas. Ada rindu yang tak berbalas. “Apa yang engkau cari sedang mencarimu”. Dan takdir…
-

THE QUEST OF THE SILENT HEART : PENCARIAN TENTANG HATI DAN IDENTITI DIRI
Tidak semua hati memilih untuk bersuara meskipun sangat ingin meluahkannya dalam bentuk bentuk kata-kata. Ada yang memilih diam bukan kerana tiada rasa tetapi mahu menyimpannya sebaik mungkin sehingga waktu yang tepat, segalanya akan terungkap. Dia anak yang mudah mesra dan didekati. Mudah diajak bicara dan menyesuaikan diri. Nampak mudah tapi sebenarnya payah. Ada perkara tertentu…
-

BERSAMA SELAMANYA
Tragedi ini sungguh menyayat hati. Satu ketentuan yang telah tertulis sejak azali. Mereka berkeluarga di dunia, ajalnya ditakdirkan bersama. Semoga bertemu dan bersama semula di Syurga. Mereka hanya orang biasa yang tidak pernah kita dengar kisahnya. Namun pemergian mereka, sepasang suami isteri bersama 4 cahayamata, mendapat doa seluruh warga negara. Kehilangan mereka mendapat perhatian di…
-

PERMULAAN BARU DENGAN NIAT YANG DIPERBAHARUI
1 Muharam 1447H. Langkah kecil di tanah asing, MCH bermusafir ke Vietnam bersama Furvit. Jenama Nutrilick menyusun jejak di bumi Mekong ini memperluas misi kasih dan manfaat buat si bulus sejagat. Langkah ini satu pilihan yang berat namun hati menjunjung tawakal. Semoga setiap langkah dihitung sebagai ibadah. Setiap yang payah menjadi mudah. Yang nampak jauh…
-

SEDEKAD BERLALU, 4 JUN TETAP TIBA: DULU TANPA KAMI, KINI TANPA DIA.
Masa ummi tengok semula gambar lama ni yang muncul di memori fb, rasa rindu pada anak lelaki ummi jadi semakin dalam dan berat. Jadi semakin tajam dan menusuk jauh ke hulu hati. Merindui anak tunggal yang telah pergi selamanya adalah antara ujian hidup yang paling berat buat ummi dan ayah. Sedangkan berjauhan jarak denganmu saja…
-

TERIMA KASIH AYAH QAYYIM: LELAKI QAWWAM KETIKA DIUJI KEHILANGAN ANAK LELAKI TUNGGAL
“Seorang lelaki boleh menjadi ayah kerana takdir tetapi tidak semua mampu menjadi tempat anak berpaut. Ia adalah pilihan, pengorbanan, cinta dan kasih yang tak pernah cukup untuk dihitung”. Banyak yang aku lihat tentang dirinya tetapi aku tak mampu mengatakannya dalam bentuk kata-kata kerana setiap yang aku simpan jauh di jeluk hati ini terlalu dalam untuk…
-

KEPADA-NYA KAMI KEMBALI
Pastinya kita semua terkejut dengan tragedi ini. Mommy pun merasakan hal yang sama saat membaca berita ini awal pagi tadi. Ia satu kehilangan yang besar buat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana anak-anak ini bakal menyumbang kebaikan buat negara. Dan ia satu kehilangan yang pedih dan memilukan buat keluarga yang ditinggalkan. Mommy menyampaikan rasa dukacita…
